Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hyundai Starex Royale ADIKFIRA Ke Johor Bersama Rakan Blogger | Kalau anda ingat lagi yang KP ada share entri sewaktu berkunjung ke pembukaan cawangan JOY Studio di Johor Bahru tempoh hari . Pada mulanya rancangan kami adalah untuk berkonvoi ke sana. Memandangkan kena berada di Johor jam 11.30 takut pula ada yang terbabas dan bangun lambat , nanti tertunggu pula sepuluh yang lain

Mencari-cari kenderaan yang sesuai untuk membawa kami 10 orang yang havoc. Mau riuh nie jika naik satu kenderaan. Alhamdulilah pencarian KP berjaya apabila ADIKFIRA memberi komen untuk mencuba perkhidmatan sewa kenderaannya. Oleh kerana kami ber-10 jadi Hyundai Starex Royale di rekomenkan pada kami.

Hyundai Starex Royale ADIKFIRA.

Hyundai Starex Royale sesuai untuk digunakan jika anda dalam kumpulan 10-11 orang. Bukan sahaja menjimatkan kerana ianya menggunakan diesel tetapi juga memberi keselesaan pada pengguna /penumpang. Sewaktu ke Johor Baharu tempoh hari , untuk perjalanan 650km pengisian sebanyak RM182 (bersamaan 91 liter). Itu pun masih ada separuh lagi baki yang tinggal.

Untuk seating dimana dihadapan adalah untuk driver dan second driver/ navigator . Yang selebihnya bolehlah duduk di 3 baris di belakang. Yang menarik lagi pintu Hyundai Starex Royale boleh dibuka kiri dan kanan . maaflah jakun sebentar sebab tak pernah ada kenderaan sebegini.. hahahahaha

Kalau dalam perjalanan boring atau bosan boleh sahaja menonton movie dimana anda cuma bawa DVD/CD anda dan boleh dimainkan di sini. Pemain DVD dengan skrin paparan 7 inci di tempat penumpang pastinya best cam nonton movie tau . bawa sekali bantal dan selimut standby andaikata aircond yang dipasang sejuk.

Jadi bagi anda yang bercadang untuk menyewa kenderaan Hyundai Starex Royale ADIKFIRA ini,jom tengok harga yang ditawarkan

  • Auto gear dan minyak diesel (tangki penuh RM120.00± – 700km)
  • RM20.00 sejam (minima 5 jam)
  • RM225.00 separuh hari (12 jam)
  • RM450.00 sehari (24 jam)
  • RM2,800.00 seminggu (7hari)
  • RM200.00 Service VVIP ‘Drop & Pickup only + Driver

Sekiranya berminat, boleh hubungi terus:

  • Fira 017-3136065
  • Zikri 017-9595907

*Untuk sekitar kawasan Kuala Lumpur, Selangor, Shah Alam, Putrajaya, Lembah Klang.

*Kenderaan perlu diambil. Cas sebanyak RM30-50 jika perlu dihantar ke kawasan lokasi tertentu.

Selain dari Hyundai Starex Royale ADIKFIRA , mereka juga ada sebuah Suzuki APV.

nanti kite share pengalaman ke JB dengan pelbagai kisah menarik berlaku especially di JPO , Johor

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge