Jerlynn’L Sambut Harijadi The Butterfly Malaysia ke 4

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Jerlynn’L Sambut Harijadi The Butterfly Malaysia ke 4|Tiada yang lebih gembira apabila dapat berkumpul bersama rakan-rakan . Bukan setakat seorang atau 10 orang tetapi dalam 40 orang  yang masing-masing hadir mengikut tema iaitu “Butterfly & Yellow” . Siapa yang tidak kenal dengan Team Butterfly Project yang membantu para blogger dalam kerjaya blogging. Kali ini , Butterfly dibantu oleh Jerlynn’L sebagai main sponsor untuk sambutan harijadi Butterfly Malaysia yang ke 4 .

Sambutan diadakan di Hello Deer, Uptown Damansara dimana kami bergambar dahulu sebelum memulakan majlis. Tempat yang sesuai dan di deko mengikut tema warna kuning menepati pilihan hari ini, Yang hadir semua berwarna kuning dan ada yang cantik bak puteri Lupa nak kongsi yang pada hujung sambutan ini bakal di ‘announce’ best dress. Antara shot yang sempat di rakam apabila kami berjumpa rakan-rakan.  Seperti jejak kasih pun ada juga

Eh kejap nak cari mana mamasan … sebab dia orang penting dan wajib 

Tak tahu kenapa kaki KP begitu hahahah.. tetapi mengikut tema kan..

Tidak lengkap jika sambutan hari jadi tanpa makan-makan kan?  Menu-menu yang di hidangkan untuk kami semua antaranya adalah

calon -calon best dress sedang menikmati hidangan mereka

Dessert atau pemanis mulut 

Yang paling penting mesti ada ‘birthday cake’ kan? yeaayyyy….. lawa dan cantik …sayang nak potong lagi lagi ada marshmallow kat atas kek tu .. warna kek pun mengikut tema kuning..

Berbalik pada sambutan hari jadi … Jamuan dimulakan dengan kata-kata aluan dari mamasan Tammy.

Kebiasaan apabila sambutan hari jadi , para tetamu yang hadir akan datang membawa hadiah /buah tangan bukan?? Tetapi lain pula kali ini, kami sebagai tetamu yang dapat hadiah . Hadiah pula bukan dari calang-calang produk ye .. dari Jerlynn’L . Kami di beri hadiah di dalam kotak berwarna coklat dihiasi reben berwarna kuning .Sebelum unboxing berlaku sedikit penerangan dari Jerlynn’L diberikan  Hadiah apa yang KP dan rakan terima jom kita check it out. Antara gambar yang sempat dirakam sewaktu kengkawan sedang unboxing

Dalam masing masing tengah sibuk nak rekod video/ capture gambar hadiah yang diberikan oleh sponsor, dapat pula kami sabun wangi yang direka khas sempena hari jadi Butterfly yang ke 4. OMG !!!! banyaknya dapat hadiah . Terima kasih sangat sangat

Sedikit informasi tentang Jerlynn’L

Jerlynn’L adalah salah satu produk yang direka khas untuk di gunakan oleh semua usia tidak kira tua mahupun muda. Tidak semestinya sesebuah produk mempunyai satu fungsi sahaja sama seperti Jerlynn’L ia bukan sahaja dapat menjadikan kulit sihat tetapi membantu apabila kulit mempunyai masalah. ‘The Signature Collection’ antara koleksi yang sesuai untuk seisi keluarga. Produk dari Jerlynn’L terdiri dari body wash, hair wash, body lotion, hair conditioner dan juga special care produk.

Tahukah anda juga yang produk ini mempunyai warna yang berlainan. Ini secara langsung membantu dan mengajar anak-anak tentang penggunaan produk ini. Seperti contoh

  • Biru – untuk mandian
  • Hijau – untuk rambut
  • Merah – penggunaan memerlukan pemantauan orang dewasa.

Memandangkan Hari Ibu, apa kata singgah di Mid Valley Megamall , Sky Avenue Mall, ataupun Genting untuk dapatkan set khas sempena Hari Ibu. Set ini semua adalah limited gift edition set. harga asal adalah RM 715 tetapi sempena Hari Ibu set ini dijual dengan harga RM  228 sahaja dan promosi sehingga 14 Mei 2017 sahaja

Set yang anda dapat ialah

1 x Signature Body Wash (500 ml)

1 x Signature Hair Wash (500 ml)

1 x Daily Moisture Lotion (100 ml)

1 x Hair Conditioner & Detangles (100 ml)

2 x Aroma Stone Sachet

1 x Sugar Can

1 x Bread case

2 X Sacrves 

 best ke tak produk Jerlynn’L nie nanti KP kongsikan didalam entri yang lain. Sebelum sambutan hari jadi berakhir, 10 pemenang best dress di umumkan dan tahniah untuk mereka

And buat “The Best Dress Ladies & Gentlemen”

Moga sambutan ini dapat merapatkan silaturahim ataupun persahabatan pada kengkawan di alam maya kerana tidak semua yang hadir hari ini KP kenal. Apa pun sekali lagi KP ucapkan Tahniah & syabas atas sambutan kali ini . Thank you a lot to Mamasan as you accepted me in the team !!!!!

Credit picture: Eros Si from www.fishmeatdie.com.

1 thought on “Jerlynn’L Sambut Harijadi The Butterfly Malaysia ke 4”

  1. Pingback: Ulangtahun The Butterfly Project Yang Ke-6 Happening Giler

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge