ZEE RAHMAT SEBAR POSITIVITI MENERUSI M.O.V.E, BEST!

ZEE RAHMAT SEBAR POSITIVITI MENERUSI M.O.V.E, BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tertanya-tanya juga siapakah individu bernama Zee Rahmat.

ZEE RAHMAT

Zee Rahmat, 25, atau nama sebenarnya Zainab Rahmat muncul dengan single pertama berjudul M.O.V.E . Ini adalah hasil ciptaan Otromen, Pown Hasril dan Nas yang dilancarkan secara rasmi pada 10 Mac lalu.

Menurut Zee yang berasal dari Johor Bahru, kehadirannya dalam bidang seni bukan sahaja untuk memeriahkan industri muzik tanah air. Tapi dia punya cita-cita tinggi agar bakat dimiliki mampu diterima baik.

M.O.V.E

Menurut Zee, M.O.V.E adalah single pertamanya juga hadiah kemenangan program itu sekaligus memberikan pengalaman baharu buatnya merakamkan lagu di studio.

Menariknya, lagu berentak ‘pop dance’ itu turut dihadirkan dengan video muzik rasmi yang dirakam dalam masa sehari.

COF LOCKSTAR

“Memandangkan lagu ini saya dapat semasa menjadi juara pertandingan COF LOCKSTAR dan perlu menyanyi secara langsung pada masa itu.

Ini menyebabkan sesi rakaman menjadi sedikit rumit kerana saya perlu biasakan diri dengan persekitaran yang lain. Tapi Alhamdulillah saya dapat selesaikan rakaman dalam masa sehari.

Persiapan untuk lagu M.O.V.E agak cepat dan mencabar bagi saya kerana saya perlu menghafal melodi, lirik dan membuat interpretasi lagu dalam masa tiga hari.

GURU VOKAL AMRI ZAIN

“Saya juga ada meminta nasihat guru vokal saya iaitu Amri Zain dan saya turut dibantu kuat oleh komposer dan juga penerbit untuk sama-sama menjadikan lagu M.O.V.E ini sempurna.

MUZIK VIDEO

Untuk muzik video saya hanya dapat membuat kelas menari bersama koreografi saya sebanyak dua kali dan terus buat rakaman muzik video.

Alhamdulillah rakaman selesai dalam masa satu hari di Lalaport, Kuala Lumpur. Seharian kami di sana dan semuanya sempurna,”.

Dalam masa sama, pastinya Zee Rahmat mahu memanfaatkan media sosial yang ada sebagai langkah mendekatkan diri dengan peminat sekaligus memperkenalkan lagi lagu M.O.V.E pada khalayak.

KELAB PEMINAT ZILICIOUS

“Dari persiapan lagu keluar saya akan sentiasa cuba untuk dilihat lebih aktif di media sosial. Saya perlu lebih mendekatkan diri dan berinteraksi dengan pendengar.

Begitu juga untuk buat promosi yang sudah direncanakan oleh pasukan syarikat rakaman, kelab peminat saya, Zilicious dan juga saya sendiri,”.

Sebagai pendatang baharu dalam bidang nyanyian, Zee mengakui banyak perkara perlu dipelajari. Selain harus mempersiapkan diri dan bersedia dengan apa saja kemungkinan yang bakal berlaku.

Menyedari hakikat melangkah masuk ke dunia glamor memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Sebolehnya mahu bersikap tenang agar dapat mengawal segala keadaan menjadi lebih baik dan tersusun.

PERSIAPAN DARI FIZIKAL DAN MENTAL

“Kita sedia maklum industri hiburan kita banyak yang positif dan juga negatif. Tapi apa yang boleh saya cuba adalah saya perlu selalu persiapkan diri dari segi fizikal dan mental.

Apa yang penting saya perlu tenang dan menjaga nama baik keluarga. Saya akan sentiasa pastikan diri saya untuk sentiasa buat yang terbaik dalam apa juga yang dilakukan.

MENANG DALAM PERTANDINGAN BONUS!

“Menang dalam pertandingan adalah satu bonus bagi saya tapi di sebalik kemenangan itu adalah kesungguhan, jatuh dan bangun yang perlu saya tempuh.

Jadi saya tidak akan sia-siakan bakat dan minat saya dalam muzik dan nyanyian,” katanya.

Youtube COF Music |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge