Yayasan Winner Emperor Sedunia Sumbang 1Juta Topeng Muka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Yayasan Winner Emperor Sedunia Sumbang 1Juta Topeng Muka|Berita baik dimana Yayasan Winner Emperor sekali lagi tidak melupakan pada mereka yang tidak berkemampuan. Kali ini turut menyumbang 1 juta topeng muka (penutup hidung dan mulut).

Yayasan Winner Emperor Sedunia

Kali ini akan bekerjasama dengan penerbitan akhbar Harian Metro. Sumbangan ini akan diagihkan kepada rumah-rumah kebajikan terpilih di seluruh Malaysia

WinnerDynasty

“Untuk pihak Yayasan, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Harian Metro di atas kerjasama ini. Bukan setakat topeng muka (penutup hidung dan mulut) tetapi juga beras. Ia bakal di agihkan ke seluruh negara melalui program tanggungjawab sosial korporat Harian Metro.

Kolaborasi Bersama Harian Metro

WinnerDynasty

“Topeng muka (penutup hidung dan mulut) ini akan diagihkan untuk kerja kebajikan. Harian Metro banyak terbabit dalam kerja amal. Kami akan mengagihkan-nya kepada mereka yang memerlukan terutama di waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

WinnerDynasty

Kami bercadang untuk membuat jelajah 30 lokasi di seluruh negara. Ianya akan di lakukan secara berperingkat untuk penagihan sumbangan ini.

“Kami akan membawa sekali wakil dari dari Yayasan untuk turut serta dalam majlis penyerahan.

Namun ia akan dilakukan dengan kehadiran yang terhad mengikut SOP yang ditetapkan oleh kerajaan”

-kata Muhamad Safar Ahmad Pengarang Eksekutif Kandungan Harian Metro.

Hadir sama pada hari penyerahan sumbangan ialah Datuk John Lee Kim Tian(Penasihat Eksekutif of Yayasan Winner Emperor Sedunia) dan Noor Azam Ab Aziz (Pengarang Berita – Projek dan Keluaran Khas Harian Metro).

Bantuan Lain 

Didalam perkembangan lain, Yayasan Winner Emperor Sedunia akan terus bekerjasama dengan pihak Kementerian yang berkaitan.

Bagi membantu rakyat berpendapatan rendah yang memerlukan vaksin jika ianya melibatkan kos penggunaannya. Semuanya bergantung kepada prosidur Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sebelum ini juga sumbangan juga telah dibuat melalui akhbar Cina untuk diagihkan pada mereka yang memerlukan. Sumbangan 1 juta topeng muka untuk sekolah telah diadakan pada awal PKP (Mac 2020)

Untuk informasi lanjut tentang Yayasan boleh layari

Facebook

1 thought on “Yayasan Winner Emperor Sedunia Sumbang 1Juta Topeng Muka”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Scroll to Top