WTCKL Raikan Kanak-Kanak Sebagai Superhero Dalam Program Tanggungjawab Sosial Korporat
WTCKL
World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini menganjurkan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Sambutan Hari KanakKanak bertemakan Superhero, sebagai simbol penghargaan dan sokongan kepada kanak-kanak daripada komuniti istimewa.
Program ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Tengku Puteri Iman Afzan binti AlSultan Abdullah, selaku Tetamu Kehormat, dan turut dihadiri barisan jemputan kehormat daripada agensi kerajaan serta organisasi kebajikan.
TETAMU YANG HADIR
Antara tetamu kehormat yang hadir ialah YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat; YBrs. Tuan Fauzy Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan WTCKL, Dr. Sopian bin Hj. Brahim, Pengarah Jabatan Pembangunan KanakKanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, Puan Noraziah binti Chemok, Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,

Turut hadir Encik Mohd Nasri bin Mohd Nordin, Pengurus Besar Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia), serta Puan Hanizan binti Hussin, Presiden Persatuan Sindrom Down Malaysia.
KOLABORASI & KESINAMBUNGAN
Program ini merupakan kesinambungan kolaborasi berterusan WTCKL bersama Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC), selain sokongan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Persatuan Sindrom Down Malaysia, Creative 7 Legacy dan Cazu4U Event Management.

CSR KORPORAT
“Di WTCKL, tanggungjawab sosial korporat bukan sekadar satu program, tetapi satu komitmen kemanusiaan. Setiap kanak-kanak berhak diraikan, diberi perhatian dan merasai kegembiraan tanpa mengira cabaran yang mereka hadapi.”
-Fauzy Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan WTCKL

KENAPA TEMA SUPERHERO
Beliau menambah bahawa tema Superhero dipilih kerana setiap kanak-kanak dilihat sebagai wira tersendiri.
“Walaupun kecil, keberanian mereka dalam menghadapi kehidupan adalah luar biasa. Kami berharap inisiatif seperti ini dapat terus membawa senyuman dan menjadi inspirasi kepada
masyarakat.”
-kongsinya
PENGISIAN PROGRAM
Antara pengisian program termasuk penyerahan cek sumbangan daripada WTCKL kepada Persatuan Sindrom Down Malaysia, persembahan pentas oleh anak-anak sindrom down,
kemunculan maskot, penyampaian sijil penghargaan, acara memotong kek serta sesi permainan interaktif yang memberi pengalaman bermakna kepada kanak-kanak yang terlibat.
KOMITED DALAM CSR
WTCKL komited untuk meneruskan pelbagai inisiatif CSR berimpak tinggi, termasuk program Infaq Kasih, yang memberi tumpuan kepada golongan gelandangan, miskin bandar, warga emas dan kanak-kanak yang memerlukan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor

