WARNA WARNI DEEPAVALI SURIA KLCC, APA YANG MENARIK?

Warna Warni Deepavali’ Suria KLCC Tawar Pengalaman Instagramable dan Ganjaran Lumayan.

WARNA WARNI DEEPAVALI

Suria KLCC sekali lagi memukau pengunjung dengan sambutan Pesta Cahaya atau Deepavali yang mengagumkan melalui kempen Warna Warni Deepavali. Berlangsung dari 25 Oktober hingga 3 November ini setiap hari 10 pagi hingga 10 malam.

Pusat beli-belah ikonik di tengah-tengah ibu kota ini telah dihias indah dengan dekorasi menakjubkan yang menggabungkan unsur tradisional dan moden.

KOLAM INTERAKTIF

Tarikan utama yang pasti akan mencuri perhatian adalah kolam interaktif yang dilengkapi dengan kesan pencahayaan yang diaktifkan oleh pergerakan pengunjung.

PAYUNG MEHNDI

Tidak ketinggalan, payung mehndi yang berputar dengan anggun, beca yang dihias indah, serta replika gajah yang megah menambah kesempurnaan dekorasi tahun ini.

REPLIKA GAJAH

Pengunjung kini boleh menikmati pemandangan memukau di Centre Court yang telah diubah menjadi syurga visual dengan pelbagai tarikan menarik. Laluan yang diterangi cahaya lampu berwarna-warni, digabungkan dengan kalungan bunga tradisional dan toran yang direka dengan teliti, mencipta suasana yang benar-benar magis.

TARIAN TRADISIONAL BUAT PENGUNJUNG

Bagi peminat persembahan kebudayaan, Suria KLCC menyajikan persembahan tarian tradisional India yang akan dipersembahkan pada 28 dan 31 Oktober, serta 2 dan 3 November di Centre Court. Persembahan ini menjanjikan pengalaman yang memukau sambil memperkenalkan kepelbagaian budaya India kepada pengunjung.

BUKAN SEKADAR PERAYAAN

“Deepavali bukan sekadar perayaan cahaya, tetapi ia membawa makna yang lebih mendalam tentang kemenangan kebaikan atas kejahatan. Kami mahu pengunjung bukan sahaja dapat membeli-belah, tetapi juga menghayati erti sebenar perayaan ini.”

-Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd

GANJARAN ISTIMEWA

Lebih menggembirakan, pengunjung berpeluang menikmati ganjaran istimewa melalui ‘Shoppers Reward Programme’. Dengan berbelanja minimum RM800 dalam dua resit di kedai-kedai terpilih, pengunjung akan menerima e-Baucar Suria KLCC bernilai RM50.

Set dekorasi yang menakjubkan ini bukan sahaja menjadi tempat bergambar yang popular untuk media sosial, malah ia turut menjadi simbol perpaduan masyarak

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge