USANITA ENTERTAINMENT LANCAR PLATFORM OTT BAHARU – UTV!

Usanita Entertainment Lancar Platform OTT Baharu, UTV

USANITA ENTERTAINMENT

Baru-baru ini telah melancarkan platform penstriman (OTT) baharu yang dikenali sebagai UTV, dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada hujung Mei 2025. Pengumuman ini dibuat semasa Majlis Sambutan Aidilfitri Usanita Sdn Bhd di Grand Hyatt Kuala Lumpur pada 23 April 2025.

USANITA ENTERTAINMENT

STREAM FOR YOU

Platform baharu ini hadir dengan tagline “Stream For You” dan bermatlamat untuk menawarkan pengalaman hiburan yang bersifat peribadi, inklusif dan menyentuh emosi, selari dengan kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia.

PLATFORM OTT- UTV

UTV direka untuk menjadi ruang bagi meraikan suara autentik, kisah bermakna dan karya asli daripada bakat-bakat tempatan, dengan tumpuan khas untuk memperkasakan penglibatan wanita dalam industri hiburan negara.

USANITA ENTERTAINMENT

BERI PELUANG UNTUK PENGGIAT SENI

UTV diwujudkan untuk memberi peluang kepada lebih ramai penggiat seni dan pembikin kandungan Malaysia untuk berkembang dan menyampaikan karya mereka kepada khalayak yang lebih luas. Beliau percaya Malaysia mempunyai bakat dan kisah yang mampu memberi inspirasi bukan sahaja kepada penonton tempatan, malah di peringkat serantau.

-Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Hasan.

KANDUNGAN PREMIUM

UTV akan menawarkan pelbagai kandungan premium termasuk drama bersiri tempatan, telefilem, filem asli, dokumentari, bual bicara, serta kandungan gaya hidup dan belia yang relevan dengan citarasa generasi digital masa kini.

Untuk memastikan kualiti setiap produksi menepati standard terbaik dan berdaya saing, Usanita Entertainment telah melantik pengarah dan penerbit terkenal, Erma Fatima sebagai Penasihat Saluran.

USANITA ENTERTAINMENT

KERJASAMA DENGAN MASK TEAM

Selain pelancaran UTV, Usanita Entertainment turut mengumumkan dua persembahan istimewa eksklusif melalui kerjasama dengan Mask Team yang akan berlangsung di NERO Event Space, Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC).

AN EVENING WITH NADEERA ZAINI

Persembahan pertama bertajuk “An Evening With Nadeera Zaini” akan diadakan pada 30 Mei 2025 (Jumaat).

HAEL HUSAINI ANTONIM NIGHT

Manakala persembahan kedua, “Hael Husaini Antonim Night” akan berlangsung pada 31 Mei 2025 (Sabtu). Kedua-dua acara ini akan bermula dari jam 8:30 malam hingga 10:30 malam.

USANITA ENTERTAINMENT

Datuk Adzliana menyatakan bahawa persembahan eksklusif ini merupakan bukti komitmen Usanita Entertainment untuk mendekatkan seni dan muzik tempatan dengan peminat, di samping menjadi platform untuk artis menampilkan karya mereka dalam suasana yang lebih intim.

Majlis pengumuman ini turut diserikan dengan kehadiran barisan selebriti popular tanah air seperti Fattah Amin, Sophia Albarakbah, Nora Danish, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Aina Abdul, Erma Fatima, Zoey Rahman, Datuk Rossa, Nadeera, Hael Husaini dan ramai lagi.

credit photo; themediator

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge