TV: ‘Pirate & Princess; Power of Doing Good’ Yang Terbaru Dari Disney Junior
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pada rakan-rakan KP yang mempunyai anak- anak berusia antara 2-7 tahun apa kata jom bersama sama di dalam kempen ” Pirate & Princess; Power of Doing Good” dari Disney Jumior. Ia bertujuan memperkenalkan kepada kanak-kanak tentang idea dan nilai-nilai cinta terhadap alam semulajadi, haiwan dan yang penting saling bantu -membantu. Selain itu kempen ini juga akan memperkasakan kanak-kanak prasekolah untuk turut serta dalam aktiviti sukarela. Aktiviti sukarela ini juga menggalakkan ibubapa untuk turut serta dan di sokong oleh masyarakat luar.
“Kami mengharap kekuatan cerita dan watak kami boleh memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk membayangkan dunia yang lebih baik dan membantu mereka memahami, melalui setiap langkah prihatin terhadap persekitaran dan komuniti, yang mereka berpotensi membuat perubahan positif terhadap dunia ini. Kempen “Power of Doing Good” di Disney Junior memperkasakan kanak-kanak dan keluarga mereka dengan maklumat dan peluang untuk bekerjasama dengan kawan-kawan, keluarga dan komuniti mereka untuk meninggalkan kesan positif kepada alam sekitar mereka. Kami berterima kasih kepada rakan-rakan kempen kami – WWF (World Wide Fund for Nature), SPCA Singapura dan Selangor, dan Majlis Alam Sekitar Singapura – di atas sokongan mereka,” kata Natasha Malhotra, Pengurus Besar, Branded Media and Content, Walt Disney Company Asia Tenggara.
“WWF gembira menyokong kempen “Power of Doing Good” Disney Junior. Kanak-kanak perlu belajar dari usia muda lagi untuk mengambil berat terhadap alam sekitar, haiwan dan masyarakat. Ini akan banyak membantu dalam memupuk generasi yang lebih bertanggungjawab dalam membentuk planet yang sihat,” kata Elaine Tan, Ketua Pegawai Eksekutif, WWF Singapura.
Siaran dari Disney Junior, seperti Jake (dari Jake and the Never Land Pirates) dan Sofia (dari Sofia the First) sebagai watak utama dari rancangan mereka sendiri akan menjemput kanak-kanak dalam pengembaraan yang memperkasakan diri melalui kempen ‘Power of Doing Good’.
Untuk ibu bapa, tak perlu risau kerana untuk sama-sama turut serta cuma perlu memuat-turun senarai aktiviti-aktiviti menyeronokkan dari laman web –
Laman web Disney Junior yang berasas dari empat tema –
- Komuniti, Haiwan, Alam Sekitar dan Penceritaan.
- Sijil dan lencana penghargaan online akan diberikan kepada mereka yang telah berjaya menyempurnakan semua aktiviti dan belajar etos berbuat kebaikan.
- Selain itu, kanak-kanak dan keluarga mereka akan berpeluang membuat “power promises” (janji berbuat baik) online.
Jadi dengan adanya kempen ” Pirate & Princess; Power of Doing Good” dari Disney Junior dapat memberi manfaat kepada anak-anak kita dan sebagai ibu bapa kita dapat bersama sama mereka untuk menyempurnakan kempen ini
#kitepunye #kitepunyedotcom #disneyjunior #pirateprincess #sofia #jake
bila ni nannie xda tarikh pun ….
jaymiee recently posted…Program Bantuan Masuk Sekolah Ahli TAWAS
Jaymiee
dah start dah .. klik kat website tu terus kat front page
wah macam best aje kak hehe..jng lupa join contest kita taw hehe rm200 seorang tu hehe
Farid Laham recently posted…Senarai Peserta Contest Mudah Nikko Slim Juice