Setelah dinobatkan sebagai juara Famili Duo 4 baru-bari ini, pasangan adik-beradik Shiha dan Ieda Zikir kini muncul dengan lagu raya terbaru berjudul Tum Tum Raya.
TUM TUM RAYA
Lagu raya ini mempunyai keistimewaan tersendiri. Proses pembikinannya juga ternyata unik kerana di ubah suai beberapa kali mengikut keselesaan. Bukan sekadar lagu hiburan tetapi ada mesej yang ingin disampaikan selari dengan elemen muzik yang segar dan unik
CIPTAAN
Lagu Tum Tum Raya hasi ciptaan Ajay Amai, Napie Hassan, serta Shiha sendiri. Manakala untuk lirik pula ditulis oleh Ajay dan Napie. Mencampur aduk elemen keceriaan dan komedi, lagu serta video muzik Tum Tum Raya telah dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac lalu.
TAJUK ASAL LAIN?
“Sebenarnya tajuk asal lagu ini bukanlah Tum Tum Raya tetapi Dendang Raya. Kemudian ditukar kepada Terpaling Raya. Tak lama selepas itu ketika di studio dan mendengar kembali lagu ini, saya rasa kena tukar tajuk.
Kenapa? Sebab saya rasa bahagian ‘tum tum’ yang ada dalam lagu sesuai pula jika dijadikan tajuk , maka terciptalah tajuk Tum Tum Raya,”
-kongsi Shiha.
SALOMA PUN ADA?
Perhatikan didalam muzik video nanti pasti anda akan ternampak ‘scene’ ala 70an. Sayalah yang menyanyi denagn cara ala klasik seperti di set yang berinspirasikan imej biduanita Puan Sri Saloma
ADA RAP TAU !
Lagu ini dicampur dengan unsur komedi sedikit supaya kedengaran lebih menyeronokkan. Beberapa bahagian lagu ini disuntik mood ceria atau fun termasuk bahagian rap.
ERAT ADIK-BERADIK
Shiha dan Ieda merakamkan lagu ini bersama sebagai tanda penghargaan dan ikatan erat mereka sebagai adik-beradik.
“Ini adalah waktu yang sesuai untuk kami merakamkan lagu duet, apatah lagi selepas kemenangan Famili Duo 4. Saya mahu berkongsi momen istimewa ini dengan kakak saya yang banyak mengajar saya menyanyi sejak kecil,”
-kata Shiha.
BAGI IEDA PULA
“Pengalaman merakamkan lagu dan video muzik ini sangat menyeronokkan. Mana taknya lain dari yang lain serta mencabar tetapi memberikan kepuasan yang luar biasa.
Shiha banyak membawa idea luar biasa termasuk unsur jenaka, gerakan perlahan dan pelbagai konsep kreatif. Saya hanya layankan saja dan ternyata hasilnya memang luar biasa,”
-jelas Ieda.
PROSES PEMBIKINAN MUZIK VIDEO
Video muzik Tum Tum raya menampilkan personaliti berbeza antara Shiha dan Ieda. Shiha masih lagi kekal dengan gaya ceria dan happy-go-lucy. Manakala Ieda lebih lemah lembut dan sopan.
KENAPA CAT STUDIO?
Proses pembikinan muzik video ini menelan kos yang agak tinggi dan memerlukan tenaga kerja yang ramai. Shiha mendedahkan bahawa mereka menyewa studio selama tiga hari untuk menghasilkan muzik video yang penuh warna-warni.
“Walaupun penat, semua yang terlibat tetap bersemangat dari jam 8 pagi hingga 6 pagi keesokan harinya. Saya sangat menghargai kerja keras mereka,”
-sambung Shiha lagi.
PENAJA GIANT
Sebagai penaja utama, Giant Malaysia menyokong penuh lagu ini kerana ia mencerminkan semangat kemeriahan dan kebersamaan Aidilfitri.
“Kami memilih untuk menaja lagu ini kerana ia bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga membawa mesej tentang kegembiraan dan kebersamaan. Selari dengan nilai -nilai Giant Malaysia.”
-kata Ketua Pemasaran Giant Malaysia, Encik Andre Lim.
KEMPEN KHAS GIANT
– Pemberian Motosikal Percuma – Setiap perbelanjaan RM 100 di cawangan Giant melayakkan pelanggan menyertai cabutan bertuah untuk memenangi motosikal
–Jom Sedekah – Pelanggan boleh menyumbangkan barangan keperluan asas atau dan kepada golongan yang memerlukan.
“Saya harap orang ramai suka dan boleh dengar lagu ini berulang kali. Apabila menonton video muziknya, mereka akan melihat hasil kerja keras ramai pihak.
Kami telah melakukan yang terbaik dan berharap lagu ini dapat menyuntik semangat positif kepada pendengar. Semoga Aidilfitri kali ini lebih ceria dan diberkati.”
-kata akhir dari Shiha dan Ieda