Trade-In Telekung Terpakai SK Untuk Mangsa Banjir

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Trade-In Telekung Terpakai SK Untuk Mangsa Banjir|Siti Khadijah atau lebih dikenali dengan SK. Satu usaha sama telah dilakukan oleh syarikat Siti Khadijah(SK) bersama syarikat gaya hidup patuh syariah, IKHLASDOTCOM. Ini untuk memastikan mangsa-mangsa banjir mendapat keperluan yang cukup seperti sumbangan telekung dan lain-lain.

Trade-In Telekung Terpakai Siti Khadijah


Sumbangan ini merupakan satu inisiatif daripada pihak Siti Khadijah (SK). Ingin membantu mereka yang terkesan akibat banjir yang melanda negeri-negeri di sebelah pantai timur. Kali ini sumbangan telekung terpakai ini merupakan hasil sumbangan #FamiliSK yang menjadi penyumbang kepada kempen Trade-In Telekung SK pada tahun 2020.

Trade-In Telekung terpakai

Telekung terpakai ini telah dibersihkan dan diberikan kepada mereka yang terkesan akibat musibah banjir yang melanda di Terengganu. Penyerahan sumbangan telekung Siti Khadijah diberikan pada 200 keluarga guru dan anak murid yang terkesan akibat banjir di PPD Kemaman, Terengganu. Manakala, lebihan telekung itu di hantar ke Dungun pada 20 Januari lalu.

Bencana alam seperti banjir adalah satu musibah buat kita semua dan kehadirannya mengajak kita untuk mengajar kita untuk bersyukur dengan nikmat dan ujian yang diberikan. Kami ingin mengajak semua #Famil SK untuk bersama menginfaqkan telekung SK kepada mereka yang memerlukan.

Ayuh, kita tunjuk bahawa #KitaAda masyarakat yang prihatin kepada satu sama lain. Hubungi Tim SK di talian +60193650232 untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Program Infaq Telekung SK ini.


Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd merupakan jenama telekung nombor satu Malaysia dengan keunikan dan rekaan inovatif di bahagian wajah. Telekung ialah pakaian istimewa wanita di Kepulauan Melayu yang dipakai setiap kali bersolat dan sinonim dengan budaya Melayu.


Koleksi telekung SK menawarkan empat unik rekaan wajah yang berbeza dengan rekaan telekung biasa.

Material yang digunakan hanya daripada fabrik kualiti terbaik seperti kapas, cotton-feel, rayon dan sutera dengan sentuhan perincian renda yang disulam indah.

Selain daripada telekung, SK turut menawarkan koleksi pakaian khas untuk jemaah Umrah dan Haji.

Antara produk lain yang ditawarkan termasuklah hijab, sarung lengan, jubah , baju kurung tradisional dan pelbagai aksesori. Butik Gaya Hidup SK adalah segmen perniagaan terbaharu SK. Maklumat lanjut layari

Website

1 thought on “Trade-In Telekung Terpakai SK Untuk Mangsa Banjir”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Scroll to Top