Top Thai Brands 2018 Memaparkan Kreativiti Terbaik Dari Thailand

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Top Thai Brands 2018 Memaparkan Kreativiti Terbaik Dari Thailand | Jenama- jenama terkemuka Thai akan mendapat tumpuan umum pada acara Top Thai Brands 2018 yang akan berlangsung pada 9 hingga 12 Ogos 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Orang awam dipersilakan hadir untuk menyaksikan produk Thai paling menarik di tambah dengan beberapa aktiviti lain.

Dengan tema ” Membuka Peluang Perniagaan Baru dengan Kreativiti Tempatan” acara itu menumpukan perhatian pada kepintaran dan keusahawanan masyrakat Thai. Dianjurkan oleh Kementerian Jabatan Perdagangan Promosi Antrabangsa Thailand (DITP), acara ini menyediakan platform yang dinamik kepada komuniti perniagaan di Malaysia untuk meneroka peluang perniagaan dan perkongsian baru dengan syarikat Thai. Top Thai Brands 2018 akan memperkenalkan produk Thai yang baru serta jenama yang sudah lama ditubuhkan kepada pasaran Malaysia, sejajar dengan matlamat memperbesar isipadu perdagangan yang disasarkan sebanyak USD30 billion.

Seramai 100 peserta pameran dijangka hadir peningkatan signifikan daripada hanya 30 peserta pada 2017. Pihak penganjur menyasarkan untuk menjana sekurang-kurangnya 500 hubungan padanan perniagaan. Peserta pameran mewakili pelbagai sektor termasuk makanan dan minuman halal,spa, kesihatam dan kecantikan jua pembungkusan dan jentera, produk isi rumah dan hiasan rumah, fesyen dan akesesori, pakaian dan permainan kanak-kanak,produk haiwan peliharan dan lebih lagi .

Top Thai Brands 2018 wajib dilawati bagi mereka yang mahu mencari produk baru dan inovatif terutamanya yang terlibat dalam perkhidatan makanan dan minuman juga hospitaliti seperti pemilik perniagaan katering, restoran dan hotel (HORECA). Antara agenda penting pada acara itu ialah perkhidmatan pemadanan perniagaan yang dijalankan oleh Forum Perniagaan Global Malaysia dan Thaitrade.com. Program lain yang wajib disertai ialah ” Mengumpil Peluang Perdagangan dan Pelaburan dengan Thialand ” pada 10 Ogos 2018. yang disokong oleh Kedutaan Diraja Thailand. Dapatkan maklumat tentang cara memodalkan kekuatan Thailand dari segi kreativiti produk dan perkhidmatan , insentif pelaburan dan juga alat kewangan. Penceramah-penceramah undangan termasuklah wakil Bangkok Bank Berhad, dan juga tempat makanan seperti Boat Noodle, Thai Odyssey, Kumpulan Tan Chong, Karex dan Lembaga Pelaburan Thailand.

Pelawat dipersilakan untuk menonton persembahan kebudayaan jarian oleh Autoriti Pelancongan Thailand, urutan Thai percuma ditaja oleh Thai Odyssey dengan kerjasama Pejabat Buruh Thai di KL. Ada juga cabutan bertuah tajaan Bangkok Airways dan seisi Ramah Mesra bersama selebiriti Thailand yang di sokong oleh Malaysian On Demand Service, dimsum, GMM Grammy dan Thai Airways International. Top Thai Brands 2018 terbuka untuk pedagang dan juga orang wawam. Masuk adalah percuma dari jam 10 pagi hingga 6 petang setiap hari, Layari di

Facebook : www.facebook.com/thinkthailandmy



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge