TIKTOK 11.11 MEGA SALE KARNIVAL BERI KELAINAN, WOW!

TikTok Shop Tingkatkan Perlindungan Harta Intelek untuk PMKS Menjelang 11.11, Pertumbuhan 200% Tahun ke Tahun bagi Jenama di TikTok Mall Sempena Tiktok 11.11 Mega Sale Yang berlangsung di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

TIKTOK SHOP

Platform e-dagang dipercayai di Malaysia, TikTok Shop, mencatatkan pertumbuhan lebih 3 kali ganda tahun ke tahun dalam jumlah jenama yang menyertai Program Jaminan Keaslian TikTok Mall. Pencapaian ini didorong oleh kerjasama dengan kerajaan bagi memperkasakan usahawan tempatan melalui latihan
perlindungan harta intelek menjelang musim jualan hujung tahun.

TIKTOK 11.11 MEGA SALE

KERJASAMA MYIPO & KPDN

“Melalui kerjasama berterusan dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), kami telah meningkatkan kemahiran lebih 300 PMKS tempatan serta 40 pegawai penguatkuasa KPDN tahun ini dengan pengetahuan untuk memanfaatkan Pusat Perlindungan Harta Intelek (IPPC) TikTok Shop bagi melindungi jenama tempatan daripada pelanggaran IP.

Usaha ini disokong oleh Dasar Harta Intelek dan Dasar Anti-Pemalsuan dan Tiruan kami yang kukuh, yang mana pada separuh kedua 2024, telah menghasilkan lebih 7 juta produk disekat secara proaktif daripada tersenarai di peringkat global.”

TIKTOK 11.11 MEGA SALE

EKOSISTEM E-DAGANG

“Ekosistem e-dagang yang mampan memberi manfaat kepada pembeli dan penjual, justeru kami kekal komited bekerjasama dengan kerajaan untuk menjunjung integriti platform kami. Kami gembira usaha bersama ini telah menarik lebih banyak jenama menyertai TikTok Shop Mall untuk mengukuhkan kedudukan pasaran mereka dengan Jaminan Keaslian 100% kami.

Termasuk jenama tempatan seperti Skinmade, Hetch, Mommyhana, SALYRA Shop, Szindore, Olive House, dan banyak lagi. Jenama-jenama ini akan mempunyai kelebihan strategik dalam membina kepercayaan dan memacu penukaran semasa 11.11, jualan terbesar dan yang paling dinanti-nantikan tahun ini,”

-kongsi Nur Azre Abdul Aziz, Pengarah Kanan Kerjasama Strategik TikTok Shop Malaysia.

LINDUNGI HARTA INTELEK

“Kerjasama awam-swasta merupakan kunci kepada pembentukan ekosistem e- dagang lestari yang menggalakkan persaingan sihat dan perkembangan perniagaan secara bertanggungjawab. Pihak kerajaan, bersama platform yang dipercayai seperti TikTok Shop, telah menyediakan asas dan infrastruktur kukuh untuk membolehkan PMKS tempatan melindungi harta intelek mereka.

Namun, kita harus sedar bahawa ini adalah tanggungjawab bersama. Oleh itu, usahawan juga perlu memainkan peranan aktif dalam melindungi jenama mereka melalui pendaftaran cap dagangan dan membuat laporan aktif atas sebarang syak pelanggaran harta intelek berserta bukti yang kukuh melalui saluran rasmi.”

-ulas Ketua Pengarah MyIPO, Yusnieza Syarmila Yusoff.

JENAMALOKAL300

Dalam menyokong usaha ini, MyIPO memperkenalkan kempen JenamaLOKAL300 di bawah tema ‘Lindungi Jenama Lokal, Tembusi Pasaran Global’, untuk menggalakkan lebih banyak PKS tempatan untuk mendaftarkan cap dagangan dan melindungi jenama mereka.

TIKTOK 11.11 MEGA SALE

INISIATIF

Inisiatif ini menawarkan pengurangan yuran pendaftaran cap dagangan sebanyak RM300, menurunkan kos kepada RM650 untuk perlindungan selama 10 tahun, menjadikan pendaftaran IP lebih mudah diakses oleh perusahaan kecil dan sederhana yang ingin mengembangkan jenama mereka dan bersaing di peringkat global.

“Penting juga bagi usahawan untuk fokus kepada inovasi dan keunikan produk. Menerusi penglibatan industri yang berterusan serta sokongan daripada platform seperti TikTok Shop, kami berharap untuk melihat lebih banyak jenama Malaysia berkembang dalam talian dan menjadi jenama yang dikenali ramai dan mampu bersaing dengan yakin di pentas global,”

-tambah beliau.

TIKTOK SHOP 11.11 MEGA SALE

Tahun ini, TIKTOK 11.11 MEGA SALE akan menampilkan tawaran #JomLokal Flash Sale khas daripada jenama-jenama tempatan kegemaran rakyat Malaysia, bagi memaksimumkan penjimatan dengan tawaran kompetitif. Sepanjang tempoh kempen dari sekarang hingga 11 November, pelanggan dalam talian di seluruh negara juga boleh menikmati Penghantaran Percuma Tanpa Had, baucar boleh digabungkan sehingga 30% diskaun, Beli 1 Percuma 1 dan lebih lagi di TikTok Shop.

TIKTOK 11.11 MEGA SALE

KARNIVAL 11.11 MEGA SALES

Selain itu, TikTok Shop menganjurkan Karnival TIKTOK 11.11 MEGA SALE secara fizikal di Malaysia buat julung kali dari 7 hingga 9 November 2025 di Pusat Pameran Pavilion Bukit Jalil, yang terbuka kepada umum dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.

PELBAGAI AKTIVITI

Acara tiga hari ini menyajikan pengalaman ‘Shoppertaiment offline-to-online (O2O)’ yang menggabungkan hiburan langsung dengan pengalaman membeli-belah masa nyata.

TIKTOK 11.11 MEGA SALE

PERSEMBAHAN ARTIS

Pengunjung juga boleh menikmati persembahan menarik daripada pencipta kandungan serta selebriti terkenal, termasuk Phei Yong, Fizo Omar, Khairul Aming, Alif Satar, Khai Bahar dan ramai lagi, sambil meneroka tawaran hebat di lebih 60 reruai di TIKTOK 11.11 MEGA SALE

Selain itu, satu konsert khas juga akan berlangsung pada 8 November, jam 7 malam, yang menampilkan Ziana Zain, Amsyar Lee serta barisan artis lain, dan disiarkan secara langsung menerusi akaun rasmi @tiktokshop_my di aplikasi TikTok.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge