THE WITCHES DITAYANGKAN 29 JANUARI MENERUSI HBO GO

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

THE WITCHES DITAYANGKAN 29 JANUARI MENERUSI HBO GO|

Para peminat Roald Dahl tidak perlu menunggu lama lagi untuk  menonton filem terbaharu yang dibikin semula. Filem The Witches akan ditayangkan buat kali pertama dan secara eksklusif. Boleh tonton di HBO GO dan Astro On Demand dari Jumaat ini, 29 Januari!

THE WITCHES

Dibintangi oleh pelakon jelita, Anne Hathaway (“Les Misérables”, “Ocean’s 8”) yang menjayakan watak sebagai Grand High Witch. Manakala watak Hero Boy pula dilakonkan bintang baharu Jahzir Kadeem Bruno. Filem klasik yang memberi nostalgia zaman kanak-kanak ini mendapat sentuhan penuh teatrikal daripada sutradara yang pernah menggondol Oscar.

Robert Zemeckis sutradara teater seperti (“The Polar Express”, “Who Framed Roger Rabbit?”, “Forrest Gump” dan trilogi “Back to the Future”). Penerbit Alfonso Cuarón juga turut serta yang pernah menerbitakan (“Harry Potter dan  Prisoner of Azkaban”) dan Guillermo del Toro (“Rise of the Guardians”, “Book of Life”)

Penulis skrip kali ini ialah Kenya Barris (“Barbershop 3: The Next Cut”) serta komposer Alan Silvestri (“Ready Player One”, “The Mummy Returns”).

Tayangan Secara Eksklusif di HBO Go

Distrimkan terus ke skrin di rumah anda menerusi HBO GO. Kombinasi hebat ini turut dibintangi Octavia Spencer (“The Help,” “Onward”) sebagai Grandma.

Selain itu juga Stanley Tucci (“The Devil Wears Prada” dan filem-filem “The Hunger Games”) sebagai pengurus hotel iaitu Mr Stringer, Kristin Chenoweth (Drama “Glee”, “American Gods”) sebagai tikus ‘Daisy’ dan Chris Rock yang menaratifkan pengalaman Hero Boy ketika dewasa.

Sebagai tambahan kepada barisan pelakon yang mengagumkan, tidak ada satu pun perincian yang ditinggalkan dalam mewujudkan pengalaman yang autentik dan menarik kerana pereka set, pakar prostetik dan pakar kostum mengambil inspirasi dari era yang lalu dan menggabungkannya dengan ‘special effects’ untuk menarik penonton ke dunia yang membuatkan penonton percaya ahli sihir sebenarnya memang wujud! Dari cetakan vintaj dan alat peraga autentik hingga rambut palsu mewah serta transformasi fizikal yang dramatik, filem ini adalah karya moden yang tidak boleh dilepaskan!

The Witches

“Ia satu kisah yang diabolikal (jahat),” kata Zemeckis, yang teruja dengan peluang untuk membikin semula novel kesayangan itu. “Buku-buku Roald Dahl sebenarnya bukan sahaja untuk kanak-kanak. Sememangnya karakter kanak-kanak memegang watak utama, oleh itu mereka sangat menikmatinya, tetapi pembaca dari semua peringkat usia boleh menikmati bukunya, dan filem ini juga serupa.”

Sinopsis The Witches

Dalam pembikinan semula karya Roald Dahl yang disukai ramai ini sebagai filem, Zemeckis menceritakan kisah komedi gelap dan menawan hati mengenai seorang anak yatim piatu pada akhir 1967 yang tinggal bersama neneknya yang penyayang di kota Demopolis, Alabama.

Apabila budak tersebut dan neneknya menemui beberapa ahli sihir glamor tetapi sangat jahat, dia dengan bijaknya membawa cucunya melancong ke pusat peranginan mewah di tepi laut bernama Grand Orleans Imperial Island Hotel.

The Witches

Malangnya, mereka tiba pada waktu yang sama ketika Grand High Witch telah mengumpulkan rakan-rakan ahli sihir dari seluruh dunia. Kali ini mereka merancang untuk menukar kanak-kanak dunia menjadi tikus.

Hero Boy tidak dapat membiarkan perkara ini berlaku tanpa berlawan. Dia bekerjasama dengan kawan yang baru dikenalinya, Bruno Jenkins. Bruno penuh dengan semangat keberanian yang luar biasa untuk menghadapi ahli sihir jahat yang benar-benar menakutkan.

The Witches

Ini lebih ketara apabila rambut palsu, sarung tangan elegan dan sepatu menawan mereka ditanggalkan. Ada cerita disebaliknya dimana mereka sembunyikan kepala mereka yang botak, kuku tajam dan kaki yang tidak berjari!

Trailer The Witches

Ikuti HBO Asia di laman sosial dan gunakan #TheWitches dan #HBOGOExclusive untuk menyertai perbualan:

Facebook|Instagram |Twitter 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Scroll to Top