Terkini: Anda Sudah Bersedia Untuk GST? Kempen “Gerenti Semua MYDIN Tanggung” Ada Jawapannya.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Riuh dalam seminggu dua ini di mana GST akan di laksanakan mulai April 1, 2015. Sedikit sebanyak KP terkena tempiasnya yang begitu kuat! Kenapa KP berkata begitu kerana semalam sewaktu KP membuat pembelian bulanan untuk barang basah mahupun barang kering KP agak terkejut kerana beberapa pasaraya mahupun hypermarket yang gah kehabisan stok di rak mereka. Sewaktu membeli di AEON Big semalam pun, kelihatan ramai pengguna mengambil kesempatan untuk membeli stok mereka lebih dari pembelian bulanan. Bila di tanya kenapa membeli dengan jumlah yang banyak , jawapan yang di terima bimbang harga barangan akan naik lagi apabila GST bermula
Ini ada berita baik buat pengguna semua, hari ini YB Datuk Hj. Ahmad Bin Hj. Maslan, Timbalan Menteri Kewangan malaysia telah membuat tinjauan ke Pasar Raya besar MYDIN USJ, Subang Jaya menjelang persiapan perlaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) & sempena Kempen ” Gerenti Semua MYDIN Tanggung” (GSMT), Harga Tak Naik. Iya betul, harga barangan di Mydin takkan naik walaupun GST. Selaras dengan slogan perniagaan Mydin “Mengapa Bayar Lebih? Belilah dengan Harga Borong !”, Mydin telah mengambil langkah berani dengan merangka satu kempen iaitu ” Gerenti Semua MYDIN Tanggung (GSMT). Kempen ini juga di adakan untuk menjaga kebajikan para pengguna dan secara tak langsung mendidik para pengguna akan konsep sebenar GST,
“Kempen GSMT ini merupakan langkah yang jitu dan bukan bersifat retorik semata-mata. Ianya akan di laksanakan di cawangan-cawangan MYDIN, MYMYDIN dan KR1M seluruh Malaysia. Ini adalah amat penting kerana Mydin menyedari para pengguna khususnya golongan yang berpendapatan rendah berhak untuk menikmati pembelian barangan pada harga yang mampu di miliki meskipun berlaku perubahan polisi ekonomi negara contohnya GST, Ramai para pengguna beranggapan bahawa perlaksanaan GST akan membebankan kerana pengguna perlu membayar lebih 6% daripada harga jualan sebenar ” Datuk Wira (Dr.) Hj. Ameer Ali Bin Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohameed Holdings Bhd
Kempen GST yang di rangka oleh Mydin ini bukan sahaja mendapat sambutan baik daripada para pengguna bahkan telah mendapat sokongan baik dan kolektif daripada kementerian dan agensi kerajaan. YB Datuk Hj. Ahmad Maslan juga menzahirkan rasa sokongan beliau kepada Mydin dan menggesa Pasar Raya Besaar lain untuk mencontohi Mydin dalam usaha mengekalkan harga barangan. Prinsip” Pengguna berhak untuk membeli dan memilih ” jelas menggambarkan bahawa setiap pengguna berhak untuk membeli di premis perniagann yang menawarkan harga berpatutan
Dengan GST para pengguna boleh mengetahui cukai yang dikenakan kepada mereka hanya satu kadar sahaja iaitu 6%. Adalah menjadi harapan semua agar masyarakat khususnya para pengguna akan terus menyambut baik dan senantiasa menyokong usaha pelaksanaan GST ini. Sebarang pertanyaan ataupun masalah yang berkaitan dengan GST , para pengguna boleh merujuk terus kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
#kitepunye #kitepunyedotcom #mydin #gst #gerentisemuamydintanggung
Sama ada suka atau tidak kita memang tak boleh lari dari GST