Teater Muzikal SudirMANIA

Teater Muzikal SudirMANIA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

image

 

SudirMANIA  adlah satu projek pementasan teater tribute kepada Allahyarham Sudirman Hj Arshad. lanjutan daripada pementasan ‘tribute’ RS yang pertama iaitu “RamleeFestasi” (2012) satu penghargaan kepada Allahyarham Tan Sri P Ramlee dibintangi oleh Beto Kusyairy, Cristina Suzanne dan Projek BB

RS sekali lagi mementaskan teater tribute kepada seniman negara dan memberi penghargaan kepada Allahyarham Dato’ Sudirman Hj Arshad dengan membawa lagu-lagu nyanyian asal beliau serta lagu-lagu yang dinyanyikan semula oleh beliau Teater Muzikal SudirMANIA 2013. SudirMANIA mengambil lagu-lagu nyanyian Allahyarham sebagai naskah pementasan. Lagu-lagi yang di pilih telah diolah menjadi sebuah cerita bertemakan kehidupan di alam remaja dan dewasa

image

Sinopsis: SudirMANIA mengisahkan tentang masyarakat yang meminati Sudirman sehingga menjadikan lagu-lagunya semangat hidup.Di sebuah kampung Ramlan, Tapa, Husin, Ani, Nina berbuncang unuk ke konsert Sudirman di Jalan Chow Kit. ianyanadalah konsert percuma Sudirman unuk rakyat Malaysia.Penduduk Chow Kit juga turut bergembira termasuk Din, Mael dan Basir mat ganja di Jalan Chow Kit.

Mereka ada perancangan jahat untuk dijalankan semasa konsert itu berlangsung. dalam masa yang sama Yusof bapa kepada Ramlan tidak membenarkan Ramlan pergi ke Kuala Lumpur kerana Yusof ingin pergi ke konsert tesebut untuk bertemu bekas isterinya Laila. Namun Ramlan pergi juga kerana sudah berjanji untuk bertemu kekasihnya Zeti yang dipaksa bertunang dengan Osman. Banyak rintangan yang mereka lalui untuk pergi ke konsert itu.

image

Ada rompakan, ada kes rogol ada juga pergaduhan yang menyebabkan kematian. Tapi siapa dengan siapa dan aa sebabnya. Jangan kupa menonton teater ini pada 28.5.14-1.6.14 di Istana Budaya dibawakan oleh Pentas Revolusi dengan kejasama Revolution Stage dan Istana Budaya

image

#teater #sudirmania #istanabudaya

logo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge