Penyanyi berbakat besar, Syamel, kembali mengangkat kekuatan vokalnya menerusi sebuah lagu balada terbaharu berjudul Berakhir Kita.
SYAMEL
Untuk lagu balada baru ini adalah ciptaan Shazriq Azeman dan Omar K, yang turut bertindak selaku penerbit lagu ini. Berakhir Kita juga adalah lagu usaha antara Universal Music Malaysia, Maison Management and Global Keynote Sdn. Bhd.
BERAKHIR KITA
Mengangkat tema cinta yang tidak kesampaian, Berakhir Kita adalah sebuah balada emosi yang merungkai perasaan pilu apabila sebuah hubungan terhenti sebelum sempat bermula. Lagu ini menggambarkan peritnya melihat harapan cinta yang sepatutnya menjadi milik kita, musnah di depan mata mewakili suara mereka yang pernah mengalami kekecewaan dalam cinta yang tidak berpenghujung.
KOLABORASI BERSAMA
Menurut Syamel, kolaborasi bersama Omar K dan Shazriq merupakan satu pengalaman yang cukup menyenangkan. Lagu ini turut dilengkapi dengan sebuah paparan visual yang akan disatukan bersama sebuah drama bersiri yang bakal ditayangkan
“Mereka sentiasa memberikan tenaga yang positif dan kebebasan untuk saya mengolah lagu ini mengikut keselesaan nyanyian saya. Itu membuatkan proses rakaman menjadi lebih selesa dan bermakna,”
“Hayatilah lirik dan melodi lagu ini yang, bagi saya, cukup sedih dan menyayat hati. Ditambah pula dengan babak-babak dalam drama tersebut, saya percaya ia akan memberikan impak yang lebih mendalam kepada para pendengar,”
— jelas Syamel.
USAHA DAN KOMITMEN
Proses penghasilan Berakhir Kita turut mendapat sokongan padu daripada semua pihak yang terlibat. Gabungan usaha serta komitmen pasukan produksi menjadikan lagu ini lahir dengan penuh jiwa dan keikhlasan.
“Ramai individu telah memainkan peranan dalam menjayakan lagu ini. Semua bergerak seiring dan memberikan kerjasama yang amat positif sepanjang proses penghasilan. Saya berharap lagu ini akan melekat di hati pendengar, dan mereka dapat mengaitkannya dengan kisah hidup mereka sendiri,”
-kata Syamel.