Start Right Brush Right, Kempen Penjagaan Oral dari Systema
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
“Start Right Brush Right, Kempen Penjagaan Oral dari Systema “.Apabila anda mencecah usia 60 atau 80, dalam fikiran anda, ber apa batang gigi kekal yang anda mungkin masih miliki? Pernahkah anda terfikir apakah yang bakal terjadi kepada kehidupan anda jika anda tidak mempunyai gigi kekal yang berfungsi serta mencukupi? Bayangkan saat di mana anda terpaksa memulakan hari anda dengan pilihan makanan yang terhad kerana kekurangan gigi untuk mengunyah. Gusi anda yang terdedah juga akan berhadapan dengan risiko jangkitan serta penyakit yang akan masuk ke dalam sistem badan anda.
SYSTEMA berus gigi nombor 1 di Jepun dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebuah agensi kerajaan di bawah bidang kuasa Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat(KPWKM) dan Malaysian Private Dental Practitioners Association telah melancarkan kempen
“Start Right Brush Right, Healthy Teeth for Life”. Kempen yang dianjurkan bersempena dengan Bulan Kesihatan Pergigian Sedunia ini telah dilancarkan secara rasmi oleh Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yang Berhormat Senator Datin Paduka Chew Mei Fun. Kempen “Start Right Brush Right. Healthy Teeth For Life” ini ditujukan untuk menggalakkan rakyat Malaysia supaya menjadikan tabiat penjagaan gigi yang baik sebagai salah satu rutin harian sedari usia muda untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 20 batang gigi walaupun mereka telah mencapai usia emas 80 tahun . Kempen ini juga bertujuan untuk menyampaikan maklumat serta ilmu yang tepat tentang kebersihan gigi.
SYSTEMA percaya bahawa kebersihan gigi yang berkesan bermula dengan 2 langkah mudah, iaitu memilih berus gigi yang betul serta mula mengamalkan teknik-teknik pemberusan gigi serta tabiat yang disyorkan oleh pengamal bidang pergigian professional. Dalam ucapan beliau semasa di majlis pelancaran kempen, Yang Berhormat Senator Datin Paduka Chew Mei Fun berkata,“Wanita sebagai ibu harus menanam cara-cara penjagaan gigi yang betul kepada anak-anak mereka sedari kecil. Bermula dengan membantu anak anda memberus gigi sehinggalah mereka mencapai usia yang sesuai untuk memberus gigi secara berdikari, para ibulah yang mendidik anak-anak merekadengan teknik memberus yang betul di samping memastikan agar mereka memberus gigi
sekurang-kurangnya dua kali sehari. Masih belum terlambat lagi untuk mendidik anak-anak anda menjaga gigi dan gusi mereka kerana sesuatu tabiat yang sihat itu, apabila dipraktikkan semenjak kecil, akan menampakkan hasil apabila mereka dewasa kelak.
Kempen “Start Right Brush Right. Healthy Teeth For Life” SYSTEMA dilancarkan dengan acara jelajah melalui kerjasama dengan Farmasi Guardian di Centre Court, Pusat Membeli-Belah 1 Utama dari 22 sehingga 27 Mac. Acara yang berlangsung selama enam hari itu bertujuanuntuk mendidik serta berkongsi maklumat dengan orang ramai tentang pentingnya mengamalkan pernjagaan gigi yang sempurna, bermula dengan perkara asas iaitu mengetahui cara yang betul untuk memberus gigi dengan berus gigi yang sesuai. Terdapat juga beberapa aktiviti menarik serta promosi bersempena dengan kempen tersebut yang bakal diadakan di kedai-kedai utama seluruh negara.
Dalam mencapai matlamat untuk membantu lebih banyak rakyat Mal aysia untuk mendapatkan gigi dan mulut yang sihat, SYSTEMA telah berikrar untuk menyumbangkan sebanyak 10,000 kit pergigian dan berus gigi kepada Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat bagi Kembara Kebajikan 1 Malaysia dalam menggalakkan amalan penjagaan gigi yang baik di kalangan rakyat Malaysia. Kini, mendapatkan gigi dan gusi yang sihat adalah mudah melalui SYSTEMA. Amalanpenjagaan gigi yang baik memberikan anda lebih dari sekadar perlindungankepada mulut anda; ia juga bagus untuk permulaan gaya hidup yang lebih sihat. Mulakan dengan berusgigi yang tepat, dan berus gigi dengan cara yang betul bagi mendapatkan gigi sertakehidupan yang sihat
Inginkan maklumat lanjut :
#kitepunye #kitepunyedotcom #systematoothbrush #startrightbrushright