Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Srikandi Cintaku – Dato’ Awie & Mus May (Ost. Hantu Kak Limah) | Lagu bertajuk Srikandi Cintaku nyanyian asal penyanyi Datuk M. Nasir telah dinyanyikan semula versi baru oleh watak Husin (Dato’ Awie) dan watak Bapak Bunian (Mus May) sekaligus menjadi lagu tema Hantu Kak Limah. Selain menyaksikan babak nyanyian oleh 2 watak ini di dalam filem, boleh juga dapati di Youtube Astro Shaw mulai 26 June 2018.

Lagu ini adalah lagu tema Hantu Kak Limah. Sinopsis :

Kali ini mengisahkan tentang kematian Kak Limah selepas berkahwin dengan lelaki yang jauh lebih muda darinya. Kampung Pisang menjadi riuh gara gara orang kampung diganggu oleh hantu Kak Limah. Sementara itu, Husin dan rakannya melihat Kak LImah ada di rumah. Siapakah yang mereka temui sebenarnya? Mereka meminta bantuan dari Encik Solihin yang merupakan guru silat untuk memburu Kak Limah. Pelbagai insiden lucu yang berlaku pada penduduk Kampung Pisang sepanjang berdepan dengan Hantu Kak Limah.

Lirik Lagu Srikandi Cintaku

Dingin malam tirai kenanganku
Menyerlahkan sekurun ingatan
Terciptalah rimba kehidupan
Percintaan dalam perjuangan

Kesetiaan sebagai bekalan
Bisikan penuh pengharapan
Tiada garis dapat memisahkan
Segalanya kudratMu Tuhan

Alam bagai mengerti
Segala yang terjadi
Embun menitis panas simpati
Pertemuan tiada awal akhir

Perutusan berdarah ku terima
Gugur kuntum di tengah halaman
Medan ini kurasakan sepi
Terpaku pilu

Ku semaikan pepohon kemboja
Yang bunganya adalah hati ku
Semadilah dalam kedamaian
Semangatku tetap bersamamu

Kan kuusung oh! jenazah cinta
Semadikan nisan kasih suci
Semangatmu tetap bersamaku
Selama pasti

Debu malam meragut kenangan
Menyedarkan dari lamunanku
Percintaan dalam perjuangan
Kau abadi Srikandi Cintaku

 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge