Siapakah Zack Kapcai? Apa Kena-Mengena Zack & Kapcai? Kenalah Tonton…
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Filem Terbaru dari MIG “Zack Kapcai” adalah filem yang ke 113 terbitannya dan telah ditayangkan dipawagam pada 14 July 2016. Ianya adalah filem bergenre komedi aksi dam diarahkan oleh arahan bersama Azaromi Ghozali dan Rosli Mohd Taib.Zack Kapcai meletakkan elemen pemotoran sebagai subjek utama kali ini. Tidak lupa pada plot penceritaan yang masih mengekalkan elemem komedi disamping suntikan plot yang begitu dekat dengan masyarakat seperti persahabatan, kekeluargaan , kasih sayang dan sedikit percintaan juga yang diambil dari realiti kehidupan yang sebenar
Para pelakon yang terlibat dalam filem Zack Kapcai kali ini ialah pelawak tempatan yang terkenal sebagai peneraju utama iaitu Fad Bocey, Shuk SYJ dan juga Rahim R2. Mereka ini sememangnya terkenal dalam dunia lawak mereka yang tersendiri dan pastinya bakal mencuit hati penonton dengan lawak spontan dan gaya komedi mereka. Turut sama terbabit dalam menjayakan filem ini adalah Epy Kodiang. LIhat sahaja Epy Kodiang, dah gelak belum lagi beliau berlakon. Shahfiez yang biasa menjadi ‘stuntman’ dalam dunia pemotoran turut sama berlakon disamping Serina Redzuwan yang kini membuat comeback didalam dunia lakonan
Sinopsis Zack Kapcai
Filem yang mengisahkan tentang Zack (Fad Bocey) yang sangat suka berlumba motor. Namun, minat Zack ini telah ditentang keras oleh ibunya, Minah (Serina Redzuawan). Ini kerana bekas suami Minah iaitu ayah kandung Zack juga merupakan Raja Kapcai suatu masa dahulu. Dek kerana gelaran Raja Kapcai inilah rumahtangga mereka berdua berantakkan dan seterusnya berpisah. Dalam satu perlumbaan antara Roy (Shuk SYJ) dan Zack, Zack telah memenagu Qistina iaitu motorsikal kesayangan kepunyaan Roy. Roy yang dahulunya kawan baik dan secara tidak langsung menjadi musuh kerana perlumbaan ini.
Minah pula tidak tahan dengan sikap aktiviti berlumba Zack hingga dia memarahi Zack dengan secukupnya pada malam kemenangan Qistina. Kata Zack beliau akan berjanji tidak lagi akan merempit mahupun berlumba motor, insaf sudah katanya. Namun segalanya berubah apabila Zack terjumpa poster lama Rudy (Rahim Sepahtu) dan MIndah dengan kapsuen “Raja Kapcai Akhiri Zaman Buhang”. Semestinya perasaan ingin tahu membuak-buak apabila mengetahui bahawa bapanya sendiri adalah Raja Kapcai dan sebenarnya masih hidup. Bapanya tinggal bersama adik kandungnya yang telah terpisah sewaktu dari kecil lagi.
Roy yang sudah gila bayang merindui Qistina mencuri motosikal buah hatinya dari Zack di mana Zack kecewa kerana tiada kenderaan untuk meneruskan perjalanan dan niat untuk mencari bapa dan adik kandungnya. Minah yang mengetahui tentang ini telah memberikan motosikal lagenda Raja Kapcai yang selama ini disorokkannya agar Zack bersemangat untuk meneruskan niatnya. Di pertengahan jalan, Zack bertembung dengan Roy yang juga ingin ke Kuala Lumpur. Mereka mengenang kembali persahabatan lama mereka lalu berbaik semula.
Rudy dan Tasha (Julia Marin) pula menjalani hidup yang sederhana di bandar. Tasha berkawan dengan WAN (Shahfiez Rempit) serta geng beliau yang dikenali sebagai samseng besar di kawasan mereka. Apabila Wan membelasah Rudy pada satu malam. Tasha mengamuk dan marahkan Wan. Wan yang sakit hati terus bertindak ingin memperkosa Tasha.Tasha berusaha melarikan diri dan bersembunyi di rumah sewa Roy dan Zack. Perkenalan yang terjadi tanpa diduga itu membuahkah rasa cinta di hati Roy. Esoknya, Roy menghantar Tasha balik dan Zack meneruskan misinya mencari Rudy dan Tasha.
Trailer Zack Kapcai
Trailer Zack Kapcai 2nd Version
Apakah yang kesudahannya buat Zack? Dapatkah Zack menemui keluarganya yang terpisah iaitu bapa dan adik kandungnya? Siapakah Raja Kapcai dan adakah Raja Kapcai dapat mengekalkan “title”juaranya itu? Kalau nak tahu kenalah menonton di pawagam yang berhampiran . Kalau KP cerita dah tak feel and hilang suspennya nanti. So jangan lupa tau menonton nanti
#kitepunye #kitepunyedotcom #wwwdotkitepunyedotcom #moviereview #zackkapcai #migfilem #moviedayout #gatheringandmoviedayout