SIAPA CICI : PERTANDINGAN AKHIR CARTA LAGU ARTIS SABAH-14?

SIAPA CICI : PERTANDINGAN AKHIR CARTA LAGU ARTIS SABAH-14? | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Siapa Cici? Apa kena mengena dengan carta lagu artis sabah-14? Meh KP kongsikan cerita tentang Cici.

CICI

Feli Stacy Paimin atau lebih mesra dengan nama pentasnya – CICI. Berusia 15 tahun, merupakan seorang penyanyi yang aktif dan terlibat dalam industri hiburan & muzik tanah air sejak umur 8 tahun . Cici berasal dari Kundasang, Sabah dan bersekolah di Sekolah Seni Malaysia Sabah. Beliau membawakan genre muzik Balada , Pop & Rock

JUARA BINTANG KECIL ?

Pernah menjadi Juara Bintang Kecil Peringkat Kebangsaan 2016, Juara Bintang Remaja RTM Sabah. Selain itu juga Naib Juara Ceria MegaStar MiniStar (ASTRO) 2019.

CARTA LAGU ARTIS SABAH -14?

Kini pertaruhkan single terbaru ini di dalam Carta Lagu Artis Sabah untuk musim ke – 14 . Lagu ini telah menduduki Juara Mingguan sebanyak 4 kali. Peminat boleh mengundi lagu ini dengan menyemak laman akaun Facebook – Carta Lagu Artis Sabah musim 14 .

KU TAKKAN MENGALAH

Lagu ‘’Ku Takkan Mengalah’’ ciptaan oleh Shaiffulhan telah dianugerahkan kepada Cici untuk menyanyikan lagu ini. Setelah dinobatkan Juara dalam pertandingan Bintang Remaja RTM Sabah 2019. Penciptaan lagu ini juga secara tak langsung terhasil. Bagaimana terhasil lagu ini?

Komposer Shaiffulhan telah memenangi Juara dalam pertandingan Carta Lagu Artis Sabah musim ke-12. Lagu yang dipertandingkan berjudul ‘’Keseorangan’’ nyanyian Santiana Ramli . Oleh itu , Shaiffulhan telah ditawarkan untuk mencipta lagu ini untuk Cici menerusi pertandingan itu .

MAKSUD LAGU KU TAKKAN MENGALAH

Lagu ini membawa maksud yang mengisahkan erti sebuah perjuangan dalam seni hiburan tanah air . Berbagai onak dan duri melepasi segala halangan dalam persada seni. Namun perjuangan seni tetap diteruskan untuk mencapai kejayaan yang gemilang. Susunan Muzik oleh Jasnie Mohd Yakub.

Ku Tak Kan Mengalah” menjadi pilihan Judul Lagu bersesuaian dengan usianya15 tahun untuk terus berjuang dalam bidang seni walau apapun cabarantetap tidak akan mengalah demi meneruskan dalam perjuangan seni yang masih jauh.

LABEL RAKAMAN LUNCAI EMAS

Lagu ini juga telah mendapat perhatian dan edaran secara digital oleh label rakaman Luncai Emas. Ini kerana Shaiffulhan merupakan komposer yang mempunyai perjanjian eksklusif dibawah naungan hakcipta Luncai Emas .Para pendengar, peminat setia Cici dan rakan media boleh dengarkan lagu ‘Ku Takkan Mengalah’ di semua saluran digital, Seperti Spotify , Joox & Apple Music dan juga di Youtube

Semoga Cici akan sampai ke Pertandingan Akhir Carta lagu Artis Sabah musim ke-14 dan berharap dapat menjejak Pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) !

Youtube Luncai Emas |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge