“Semarak Bangsawan & Panggung Seni Traditional 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

“Semarak Bangsawan & Panggung Seni Traditional 2017 |Teater bangsawan amat terkenal di kalangan masyarakat dahulu kala dimana secara tidak langsung melahirkan para pelakon yang terulung dan terkenal. Ada juga pelakon yang memulakan karier mereka dari teater terlebih dahulu sebelum memasuki layar perak. Tahukah anda bahawa mereka seperti Fauziah Nawi mahupun Ellie Suriaty (seperti contoh) adalah diantara pelakon teater yang terkenal . Dari teater juga para pelakon dapat mempelajari cara-cara berlakon dan juga mimik mahupun ekspresi yang sebenarnya

Sedikit informasi tentang Bangasawan

Bangsawan sebenarnya di gabungkan atau dicantumkan unsur teater tradisional dan moden menjadikan ianya sebuah teater melayu yang dikatakan di pengaruhi oleh wayang Parsi. Wayang Parsi atau mendu ini diceritakan telah dibawa ke Pualu Pinang pada tahun 1870 oleh pedangang India.” {Teater Tradisional Melayu, Mohamed Ghouse Nasuruddin; Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2003).
Sesebuah pementasan bangsawan yang baik akan berdiri dalam strukturnya yang membezakan ia dengan teater-teater lain. Antara struktur sesebuah pementasan bangsawan adalah berkisarkan kisah-kisah istana, dipersembahkan melalui babak ke babak, mempunyai latar pentas yang membezakan latar tempat bagi setiap babak, penggunaan side wing atau sebengbagi mengimbangi tirai babak, pemasangan mahkota alam, menggunakan muzik secara langsung, unsur tasmat atau kekaguman, persembahan extra turn yang merupakan persembahan selingan untuk pertukaran set dan ia juga adalah sebagai hiburan bagi meredakan perasaan penonton. Watak taukeh panggung sebagai pembuka persembahan, bernasib dan lain-lain.

Semarak Bangasawan

Pada tahun 2007 semenjak program ini dilaksanakan, program Semarak Bangsawan telah berjaya menarik seramai 80,988 orang penonton terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan kaum. Manakala 35 kumpulan bangsawan sedia ada dan baharu telah terlibat sepanjang pementasan ini. Program ini dilihat amat penting terutama dari sudut pembangunan dan pemeliharaan bangsawan.

Semarak Bangsawan diisi dengan pementasan bangsawan berjadual di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur pada minggu kedua setiap bulan sepanjang tahun. Pada tahun 2014, program ini telah dipindahkan ke Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Perubahan tempat ini adalah disebabkan oleh sambutan baik yang diterima dan juga tuntutan tempat duduk yang lebih luas dan selesa untuk para penonton.

PANGGUNG SENI TRADISIONAL 2017

Kini, Panggung Seni Tradisional 2017 (PST2017) kembali menemui warga kota Kuala Lumpur. Program kali ini akan menampilkan beberapa kumpulan seperti Kumpulan The Sound of Tai Hei, Persatuan Seni Persembahan Malaysia (ASTANA), Persatuan Penggerak Warisan Seni Budaya Negeri Kedah (Akrab Kedah), Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor (Pe-Zapin), Fakulti Tori, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan ldris (UPSI). Antara kesenian tradisional yang akan diangkat pada tahun 2017 adalah seperti berikut:

TARIKH PERSEMBAHAN TAJUK PENGARAH KUMPULAN
28 & 29

Julai

Opera Cina

(Kantonis)

Wedding Nite

-The Gatheringand Fairy Talesin The Heaven

Encik Jeff Chua

Chin Hok

The Sound  of  Tai

Hei

25 & 26

Ogos

Dramatari Klasik

India

Devdas Encik Ravi Shanker Ramo Murthy Persatuan       Seni Persembahan Malaysia (ASTANA)
27 & 28

Oktober

Teater

Tradisional Jikey

Naga Berapi Encik Saipol Bahari MohdIman AKRAB Kedah
17 & 18

November

Koleksi Tari

Serumpun

Koleksi Tari

Serumpun

•  KK JKKN

•  Pe-Zapin

•  ASWARA

•  UPSI

 

Lokasi Dan Tiket Persembahan

Panggung Seni Tradisional bukan baru lagi. Ianya telah diperkenalkan sejak tahun 2013 di Auditorium JKKN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sehingga tahun 2015. Oleh kerana ini telah mendapat sokongan dan kerjasama daripada rakan sebapa JKKN,pelaksanaan telah dibuat iaitu berlokasi di  Pusat Pelancongan Malaysia (MatiC) yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Mulai tahun 2016 Pihak MatiC telah sudi menaja ruang di Dewan Tunku Abdul Rahman sebagai venue persembaha

Untuk menonton persembahan dalam program PSl 2017 ini, para peminat dan penonton perlu mendapatkan tiket-tiket dengan membuat tempahan di talian 03-2614 8200, yang dijual dengan kadar seperti berikut:-

  • RM50 (VIP /Premier)

(Nota: Para pembeli Tiket VIP /Premier akan menerima goodies oleh pihak penganjur)

  • RM20 (Biasa/Regular)

(Nota: 50% Diskaun untuk Tiket Biasa/Regular bagi Pelajar, Warga Emas dan OKU.)

Dah tengok ke masing-masing kalau belum lagi jom kita sama -sama nonton

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge