Bertemu di Seeties Gathering @ Sen of Thai
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Apabila di jemput oleh pihak Seeties untuk turut sama ke Seeties Gathering @ Sen of Thai semestinya tidak di lepaskan. Memandangkan ianya di buat pada hari Ahad, dengan laju KP bersetuju untuk turut sama sertai. Disini KP bakal berjumpa dan berkenalan dengan rakan Seeties yang lain untuk mengeratkan lagi silaturahim antara kami.
Dekorasi Sen of Thai
Antara perkara paling penting sewaktu memasuki mana- mana restoran ialah dekorasi. Dekorasi di dalam sesebuah restoran mahupun cafe memainkan peranan selain dari masakan dan juga servis kepada pelanggan. Seperti di Sen of Thai, KP dihidangkan dengan lagu-lagu dari Thailand dan di beri ucapan selamat datang dengan “Sawadikap” Pelbagai ruang makan ada di sini. Sofa pun ada, meja makan pun ada. Inginkan sedikit privasi sewaktu menikmati hidangan di sini pun ada. Pelbagai bilangan tetamu seperti meja untuk 2 orang, 4 orang, 6 orang mahupun 8 orang ada di sini tetapi di rekomenkan untuk membuat tempahan dahulu.
Cantik bukan meja hidangan dengan bantal comel untuk menikmati hidangan secara santai
Ini antara dekorasi yang menarik hati KP sewaktu berada di Sen of Thai
Jumpa juga gajah di sini… Comel pulak tu… 🙂
Gajah lagi..
Ini adalah kaunter bayaran yang mengekalkan dekorasi dari negara Thailand .
Antara makanan yang di rekomen
Sewaktu KP menikmati hidangan di sini bersama rakan-rakan Seeties yang baru, terasa yang KP berada di Thailand kerana terasa keaslian dan memang patut pun antara makanan ini popular di negara seberang.
Steamed prawn topped with lime chili sauce
RM16.00 sepinggan
Thai Baked Mussels in claypot with basil leaves
RM29.00 semangkuk
Stir-fried broccoli with scallops
RM24.00 sepinggan
Deep-fried siakap with signature Thai chili sauce
RM55.00 seekor (perlu timbang)
Tom Yam Goong (Creamy tomyam with prawn)
RM28.00 semangkuk
Memang terasa keaslian tomyam dari Thailand ini. Rasa masam-masam sikit
Untuk yang inginkan menu lain, ini KP rekomenkan
Classic Pad Thai ( Stir Fried thai noodle) RM15.00 sepinggan
Bahan-bahan yang di guna dalam masakan ini semuanya segar dan jangan lupa perahkan limau dan gaulkan ia untuk mendapat rasa yang sepatutnya
Sizzling beef with black pepper sauce (Nuea Phad Prik Thai Dam )
RM20.00 sepinggan – di hidangkan di atas sizzling pan
Makanan ringan ataupun snacks
Yam Spring rolls (Po Piah Tod)
RM12.00 satu set Crab Spring Rolls
RM16.00 satu set Cranberry Pineapple fried rice
RM16.00 sepinggan
Untuk manisan
Royal Thai Loop Chop (Colorful candy)
RM12.00 untuk 6 biji ( satu set)
Tab Tim Krob ( Thai Red Ruby)
RM 8.50 satu mangkuk.
Cara makan gaulkan semua baru terasa kemanisannya. Sago Honeydew
RM8.50 semangkuk.
Hidangan minuman di
Di sini, minuman yang mendapat WIN di hati para pengunjung ialah Thai tea ice selain Green tea ice. Sewaktu dihidangkan pada para pengunjung adalah begini.
Perlu di kacau sehingga sebati untuk menikmati kenikmatan rasa thai ice tea ini. Sedap weii thai ice tea,lain dari restoran atau cafe yang menghidangkan minuman atau makanan Thailand
Amacam best tak? Sedap memang sedap. Inilah hidangan-hidangan yang di nikmati sambil berkongsi cerita, berkenalan antara satu sama lain di samping menikmati makanan dari negara Thailand. Semestinya terima kasih buat team Seeties dan juga pihak Sen of Thai atas jemputan ini
Jadi untuk anda semua jika inginkan makanan Thailand dan masih tidak pasti dimana restoran yang ingin di tuju, ini KP sharekan alamat dan contact number untuk anda membuat tempahan dan pertanyaan.
Alamat :
Contact :03 – 7732 3939
#kitepunye #kitepunyedotcom #tap #seeties #seetiesgathering #senofthai