SAMAIDEN REKOD PENINGKATAN 36 PERATUS| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dikatakan mendapat keuntungan peningkatan 36 peratus?

SAMAIDEN REKOD PENINGKATAN

Samaiden merekodkan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak 10.48 peratus kepada RM3.48 juta pada suku kedua 2023 berbanding RM3.15 juta bagi suku kedua TK2022.

Manakala keuntungan selepas cukai (“PAT”) meningkat 14.60 peratus kepada RM2.59 juta berbanding RM2.26 juta.

Samaiden

PENINGKATAN 36 PERATUS

Bagi separuh pertama berakhir 31 Disember 2022 (separuh pertama tahu kewangan 2023).

Peningkatan telah meningkat 52.14 peratus kepada RM81 juta berbanding RM53.24 juta bagi tempoh yang sama bagi tahun kewangan 2022.

Keuntungan sebelum cukai naik 14.77 peratus kepada RM6.76 juta berbanding RM5.89 juta. Keuntungan selepas cuka pula meningkat RM5.04 juta berbandinf RM4.32 juta bagi tempoh yang sama.

Bagi suku di bawa kajian, perkhidmatan EPCC menyumbang kira-kira 99.45 peratus kepada perolehan Samaiden manakala pendapatan selebihnya datang daripada pelaburan aset tenaga, perundingan alam sekitar dan operasi dan penyelenggaraan.

INISIATIF KERAJAAN

Pihaknya melihat inisiatif kerajaan menggalakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui (RE). Terutamanya Program Tenaga Hijau Korporat 600MW yang dilancarkan pada November lepas yang akan memacu penggunaan kemampanan.

“Selain itu, kenaikan tarif elektrik bermula Januari 2023 juga menjadi pemangkin kepada pembangunan industri RE di Malaysia “

Samaiden
Samaiden

PERKHIDMATAN EPCC

Mengulas lanjut inisiatif dan langkah tersebut merupakan peluang yang boleh dimanfaatkan. Sama ada untuk menyediakan perkhidmatan EPCC untuk sistem PV solar. Atau membolehkan kami mengambil bahagian sebagai pelabur dalam semua aset solar ini.

Bakal terus memanfaatkan kecekapan dan pengalaman teras kami untuk menyediakan perkhidmatan hujung ke hujung untuk PV solar yang berpotensi dan projek bukan solar yang lain.

“Bagaimanapun, kami tetap optimis untuk melabur di Asia Tenggara. Banyak negara jiran mengutamakan peralihan tenaga sebagai objektif nasional utama mereka.

Samaiden optimistik secara berhati-hati mengenai prestasi Samaiden untuk baki FY2023,” k

-Katanya lagi.

Jumlah buku pesanan tertunggak Samaiden berjumlah RM269.54 juta setakat 31 Disember 2022 dan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan keuntungan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Website|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge