Saksikan Koleksi Raya Bulan Bintang 2026 ‘Next Chapter’ & Pertunjukan Fesyen Eksklusif.
BULAN BINTANG 2026
Sempena ulang tahun ke-11, Bulan Bintang mencipta sejarah dengan pertunjukan fesyen berskala besar bertemakan “Next Chapter”, yang berlangsung di IOI Grand Exhibition & Convention Centre. Pertunjukan ini menampilkan koleksi raya ready-to-wear (RTW) untuk seisi keluarga, menjadikan Bulan Bintang antara jenama fesyen raya terkemuka di Malaysia.

KOLEKSI RAYA BULAN BINTANG 2026
Koleksi raya kali ini merangkumi Baju Melayu dengan tiga pilihan potongan iaitu Slim Fit, Tailored Fit, dan Traditional Fit, serta pakaian raya sedondon untuk wanita dan kanak-kanak. Tersedia dalam 84 pilihan warna eksklusif, koleksi ini menggunakan fabrik lembut, ringan, sejuk, selesa, dan jahitan kemas, serta ditawarkan sehingga saiz 8XL untuk keselesaan semua pelanggan.


BARISAN SELEBRITI TERKENAL
Pertunjukan ini diserikan barisan selebriti terkenal tanah air termasuk Datuk Rosyam Nor, Shukri Yahaya, Syafiq Kyle, serta duta istimewa seperti Hannah Delisha, Ernie Zakri & Syamel. Persembahan nyanyian dari Spider, Ernie Zakri, dan Syamel menambahkan lagi kemeriahan acara.


KEMPEN BULAN BINTANG TERRRRPALING RAYA
Sebagai penghargaan kepada pelanggan setia, kempen “Bulan Bintang Terrrrpaling Raya powered by AFFIN” kembali untuk tahun ketiga. Hadiah utama termasuk Affin Dream Box RM500,000, Duit Raya RM400,000, beg tangan.


Termasuk baucar minuman percuma dan pakej pelancongan eksklusif daripada rakan jenama seperti Dr. Cardin, Tealive, dan Tabung Haji Travel & Services.
BULAN BINTANG NEXT TOP MODEL MUSIM KEDUA
Pemenang Bulan Bintang Next Top Model Musim Kedua membawa pulang RM10,000 melalui undian juri dan penonton.

KOLEKSI NEXT CHAPTER 2026
Koleksi Next Chapter 2026 boleh didapati di 15 butik rasmi Bulan Bintang seluruh Malaysia atau melalui TikTok, rakan strategik jenama. Saksikan sendiri kemeriahan pertunjukan fesyen eksklusif Bulan Bintang dan rebut peluang mendapatkan pakaian raya sedondon untuk seisi keluarga


