RM 8,800 Berjaya Dikutip Dari Kempen Media Sosial Bausch and Lomb Untuk Persatuan Cacat Penglihatan Malaysia
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kempen Penjagaan Mata telah diadakan dari Ogos 11 hingga September 30, 2015 anjuran Bausch and Lomb. Tujuan kempen ini diadakan untuk meningkatkan tahap kesedaran mengenai kesihatan mata dan penjagaan mata yang betul. Selain itu kempen ini juga bertujuan untuk mengutip dana bagi Persatuan Cacat Penglihatan Malaysia (MAB). Para pengguna Facebook diminta merakamkan video pendek masing-masing semasa melakukan senaman mata untuk membantu meregangkan otot-otot mata, memuatn naik video tersebut ke laman Facebook mereka dengan #bauschandlombmalaysia & #careforyoureyes dan tag tiga orang rakan untuk melakukan perkara yang sama.
Bagaimana
Untuk setiap video yang dimuat naik, Bausch and Lomb Malaysia berikrar untuk menyumbangkan RM5 kepada Persatuan Cacat Penglihatan Malaysia (MAB). MAB memberikan perkhidmatan dan peluang untuk penyertaan, penglibatan dan integrasi yang lebih luas, kepada orang-orang cacat penglihatan dan juga mempromosikan pencegahan kecacatan penglihatan.
Selebriti Yang Terlibat
Kempen Penjagaan Mata telah menarik minat selebriti untuk turut serta dan mejadikan kempen ini sebagai platform untuk mereka memuat naik video-video mereka melakukan senaman mata sendiri. Antara selebriti yang terlibat ialah Model Terkemuka Malaysia, Amber Chia, Naib Juara Miss Chinese Cosmos SEA 2012, Kim Low, Hos Selebriti TV Belinda Chee, Hos Selebriti TV Nadia Heng, Hos Selebriti TV Daphne Iking, Aktres Atikah Suhaime, pencipta lagu dan penyanyi Malaysia Diandra Arjunaidi, Selebriti You Tube Malaysia Joyce Chu, Pengacara Radio Cassey Soo dan Vivian Liu. Semua video, gelagat dan aksi selebriti ini boleh dilayari di Facebook
“Kami gembira kerana dapat mencapai kedua-dua objektif kami untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mata dan penjagaan mata yang betul disamping mengumpul dana untuk Persatuan Cacat Penglihatan Malaysia melalui kempen Penjagaan Mata Anda ini. Dengan projek ini, kami berjaya menyumbang semula kepada masyarakat disamping mendidik orang ramai tentang cara-cara untuk menjaga kesihatan mata mereka dengan lebih baik. Kami sebagai pelopor inovasi, berharap untuk terus menjalankan kempen-kempen unik seumpama ini pada masa akan datang’, kata Jake Kim, Pengarah Urusan Bausch and Lomb, Singapura & Malaysia. Video Senaman Mata:
Penyampaian Cek bernilai RM 8,800 telah diadakan di Ibu Pejabat Bausch and Lomb Malaysia. Mr Jake Kim selaku Pengarah Urusan Bausch and Lomb untuk Malaysia dan Singapura telah menyerahkan cek tersebut kepada Persatuan Cacat Penglihatan Malaysia (MAB) yang diwakili oleh Dr. S. Radha Krishnan, Timbalan Presiden untuk Persatuan Cacat Penglihatan Malaysia.
Untuk maklumat lanjut boleh layari : Bausch and Lomb website dan untuk Persatuan Cacat Penglihatan Malaysia (MAB)
#kitepunye #kitepunyedotcom #bauschandlomb #persatuancacatpenglihatanmalaysia #bauschandlombmalaysia #careforyoureyes