Rian Menonton Rakannya Garfield the Movie
Assalamualaikum dan Salam Sejahatera
Rian menonton rakannya Garfield sambil tunjuk muka tak puas hati. Minggu lepas KP melepak bersama Qurratul and Irfan menonton Garfield The Movie. Tengah syok dok menonon tetiba terasa ada bulu-bulu halus di sebelah dan nasib baik tak menjerit kerana kegelian. Hakikatnya budak nie sorang rupanya menyelit antara kami.
Kami decide tengok Garfield The Movie kat ipad sebab hubby tengah tengok TV, malas nak gaduh guna alternative lain. Yang best dan kelakarnya ialah kite dok tengok anak beranak tetiba dia ada menyelit. Memula jauh kemudian dekat sikit last-last sekali tu dia depan sekali OK.
So kami semua duduk kat satu corner asyik memerhati apa yang dilakukan olehnya. Setiap kali Garfield muncul setiap kali tulah tak puas hati. Lihat sahaja muka dia mesti boleh tahu sama ada jelous atau geram
Kesian tengok rakan-rakan dia kena kurung dalam sangkar, ada hati nak tolong lepaskan rakannya sedangkan dia sendiri pun tak tahu nak buat apa
Nampak tak tangan di mana, makin lama makin ke depan. Kalau tadi jauh ini dah dekat dengan skrin
Kepala dok senget sambil lihat Garfield. Kan best kalau cam Garfield memang melepak ajer kerja dia except tak makan lasagna lah kan.
Akhir sekali beginilah rupanya bila menonton. Dari posisi begini tak sampai 5 minit dia tertidur depan ipad and tak bagi KP ambil ipad OK. Kalau boleh cium skrin tu dah cium kot skrin ipad tu
Bila si Rian nie hadir dalam family kami, macam macam perubahan terjadi. Displin seperti pukul 2 bangun sbb Rian nak keluar makan, pukul 6 bangun sembahyang , pukul 630 kakak ke sekolah , pukul 730 hubby gi kerja dan 8 pagi untuk KP dan Irfan ke sekolah dan kerja. Rian memang manja dengan hubby siap balik tunggu hubby depan pintu. Apa lagi cerita tentang Rian tunggu nanti KP update lagi ye. Ada sahaja gelagat dia hari hari
#kitepunye #kitepunyedotcom #rian #mylifemyfamily
chomeyy je rait depan skrin gituu ;p
3lalat recently posted…HADIAH SEGMEN APAKAH SAYA TELAH DITERIMA