REALITY CLUB PRESENTS… THE ASIA TOUR, AWESOME!| Tertanya-tanya juga siapakah kumpulan ini? Dari manakah mereka ?

REALITY CLUB

Pernah memenangi pelbagai anugerah dan menjuarai carta dan baru lima bulan yang lepas melancarkan album studio ketiga Reality Club Presents…

Kumpulan kuartet ini bakal mengadakan siri jelajah Asia untuk mempromosikan album tersebut. Dari
29 Oktober sehingga 2 Disember 2023

THE ASIA TOUR

Telah singgah ke Singapura (AXEAN Festival, 29/10), Thailand (Blueprint Bangkok, 3/11), Taiwan (LUCFest, 5/11), Indonesia (Balai Sarbini, 17/11).

Seterusnya ke Malaysia (JioSpace Kuala Lumpur, 1/12), dan Filipina (123Block Manila, 2/12).

REALITY CLUB PRESENTS

Selain Malaysia dan Singapura, ini merupakan kali pertama Reality Club melawat dengan harapan mendekati peminat baharu, para penganjur dan juga ahli muzik serantau.

Ini juga akan diikuti dengan siri jelajah ke Amerika Syarikat yang masih lagi dalam perancangan. Bersama dengan penyertaan yang sudah pun diumumkan di South by Southwest (SXSW) 2024 di Austin, Texas.

TENTANG REALITY CLUB PRESENTS…

Setiap perhubungan terdapat kisah tersendiri seperti di filem-filem, lengkap dengan masalah, saat teratas, detik terindah, pengakhiran baik dan buruk serta kisah yang kadang tergantung.

Kisah cinta layak mempunyai runut bunyinya tersendiri dan inilah runut bunyi tersebut.

REALITY CLUB PRESENTS

ANATOLOGI KISAH CINTA

Reality Club Presents… adalah perayaan cinta, pemerhatian terhadap ajnas kisah romantis yang diceritakan dengan genre, pandangan serta rasa unik tersendiri.

REALITY CLUB PRESENTS

Ia adalah antologi kisah cinta yang terdiri daripada 10 kisah melintasi perasaan cinta terulung sehinggalah lembah kegelapan jiwa kisah-kisah cinta.

Merupakan album yang membuat anda berfikir, merasai dan paling penting bertindak, menggambarkan seolah-olah setiap lagu ada filemnya tersendiri.

REALITY CLUB PRESENTS

VIDEO MUZIK

Ini dapat dilihat dari permulaan kempen seawal 2021 dengan lagu pertama “I Wish I Was Your Joke”, yang sudah menjadi sinonim dengan karya-karya sesudahnya.

Antaranya seperti “You Let Her Go Again”, “Tell Me I’m Wrong”, “Anything You Want”, “Dancing In The Breeze Alone”, dan “Desire”.

REALITY CLUB PRESENTS

Setiap lagu ini terdapat video muzik sinematik tersendiri, dengan aneka gimik hebat seperti sidang media
di pawagam, sehinggalah studio mainan dengan nama “Reality Club Pictures”.

Dalam alam ini, Reality Club merupakan para sutradara, dan lagu-lagu merupakan episodnya.

LOVE EPIPHANY

Didalam album ini didahului dengan lagu “Love Epiphany”, suatu kembara muzikal yang menceritakan
bagaimana seseorang boleh hilang segala-galanya dan mengalami segala kepedihan cinta.

Namun pada waktu yang sama mereka juga mampu memenangi segalanya. Lagu ini menampilkan orkestra Budapest dengan 46 ahli muzik, yang banyak menyumbang dalam album ketiga ini.

REALITY CLUB PRESENTS

Bakal tampil dengan video muzik yang akan dilancarkan pada minggu berikutnya.

Album ini telah memenangi Anugerah Musik Indonesia (AMI) 2023 untuk kategori Album Alternatif Terbaik dan Kumpulan Alternatif Terbaik

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge