Terbaru Dari Diana Danielle dimana Kali ini menampilkan single bertajuk ‘Raja Dusta’.
DIANA DANIELLE
Pelakon Dan Penyanyi berbakat besar, Diana Danielle kembali mencuri perhatian peminat dengan pelancaran single terbaru ‘Raja Dusta’. Lagu ini bukan sekadar karya muzik tetapi satu luahan emosi Yang cukup mendalam dimana suara hati seorang wanita Yang pernah terluka dalam hubungan cinta.
RAJA DUSTA
Membawa pendengar menyelami sisi perit yang dialami ramai wanita. Daripada janji manis yang dimungkiri, harapan yang dipermainkan hinggalah keberanian untuk bangkit dan melepaskan diri daripada ikatan ini.
Juga mewakili apa Yang ramai wanita alami dalam perhubungan sperti janji palsu, harapan yang dimanipulasi Dan akhirnya keberanian untuk bebaskan diri,’
-kongsi Diana mengakui lagu ini dikaitkan dengan pengalaman peribadinya.
LIRIK RAJA DUSTA
Walaupun tidal ditujukan secara khusus kepada sesiapa, lirik ‘Raja Dusta’ sarat dengan sindiran halus Dan mesej tersirat Yang menggambarkan keteguhan jiwa selepas kecewa. Lagu ini membuktikan bahawa Diana bukan saja mampu menyanyi dengan baik malah berani menyentuh isu emosi Yang sering disenyapkan dalam budaya masyarakat.
PROSES RAKAMAN
Proses Kali ini turut menjadi satu titik perubahan penting buat Diana yang sudah dua tahun tidak tampil dengan karya baru. Bekerjasama buat Kali pertama dengan penerbit John Jeeves, beliau mengakui sokongan pasukan produksi memainkan peranan besar dalam mengembalikan keyakinnanya.
PALM GARDEN – LOKASI MUZIK VIDEO
Untuk muzik video Kali ini dijalankan di Palm Garden Hotel, Putrajaya yang membawa pengalaman mencabar tetapi menyeronokkan. Mana tidaknya, untuk Diana kali ini lengkap dengan tarian, pelbagai lokasi dan penggambaran ang panjang.
‘Saya agak kekok pada mulanya, tetapi semua orang di sekeliling sangat menyokong dan buat saya rasa selesa. Saya harap ini menjadi permukaan yang baik untuk kembalinya aktif dalam bidang muzik.
– tambahnya lagi .
BUKAN SEKADAR LAGU
Untuk Raja Dusta bukan sekadar lagu. Ia adalah peneman kepada mereka Yang pernah merasa kehilangan, kekecewaan, dan kini memilih untuk bangkit dan terus melangkah. Malah Diana mengharapkan lagu ini dapat memberi kekuatann dan menjadi lagu ‘tema’ untuk mereka Yang akhirnya memilih diri sendiri.
Kini boleh di strim di semua platform penstriman digital mulai 18 April 2025.