RABIATUL ADAWIYAH 2024 -KHAI BAHAR TAMPILKAN INTEAM!

Kali pertama lagu Rabiatul Adawiyah didendangkan adalah 23 tahun lalu yang pernah di popularkan oleh kumpulan Inteam.

RABIATUL ADAWIYAH 2024

Kini mereka memilih Khai Bahar untuk tampil bersama dalam pembikinan nyanyian semula lagu ini dengan judul Rabiatul Adawiyah 2024 (RA24)

KENAPA KHAI BAHAR?

“Kami pernah bekerjasama dengan Khai Bahar di dalam ‘remake’ lagu Setanggi Syurga sebelum ini pada tahun 2020. Kami melihat kerjasama tersebut sangat serasi dan mendapat sambutan hangat dari peminat serta suara Khai juga sesuai dengan lagu-lagu Inteam”

-Syah Inteam

BAGI KHAI BAHAR PULA

Apabila ditanya kepada Khai Bahar pula, mengapa beliau bersetuju berkolaborasi dengan Inteam untuk lagu ini, beliau menjawab:

“Saya memang meminati lagu-lagu Inteam dan pernah menyanyikan lagu-lagu mereka secara ‘cover’ di media sosial.

Lebih istimewa lagi, lagu Rabiatul Adawiyah ini adalah di antara lagu yang sangat disukai oleh arwah Ibu saya, dan pastinya ia menggamit nostalgia yg indah”

TENTANG SRIKANDI SUFI

Untuk rekod, lagu Rabiatul Adawiyah pernah dimuatkan di dalam album Inteam berjudul Impian Kasih yang dilancarkan pada tahun 2001.

Lagu ciptaan Munif Ahmad dari Kumpulan Hijjaz dan lirik oleh Abdul Kahar ini mengisahkan tentang serikandi sufi bernama Rabiatul Adawiyah.

“Lagu ini sangat bermakna untuk dihayati lebih-lebih lagi dengan ketibaan Ramadan kerana ia menceritakan kisah perjalanan seorang hamba Allah iaitu serikandi yang mencari Tuhannya.

Akhirnya hanya meletakkan cinta Allah di dalam hatinya mengatasi segala-galanya” jelas Hazamin menceritakan tentang maksud lagu ini.

MENGIKUT ARUS TERKINI TETAPI KEKAL KEASLIAN

“Susunan muzik oleh Chaan kali ini lebih segar dan mengikut arus semasa namun tidak sesekali menghilangkan keaslian dan penghayatan asal lagu ini. Durasi lagu juga dipendekkan sedikit dengan sebahagian besar lagu dinyanyikan Khai Bahar dan sebahagian lagi oleh Inteam sendiri”

Ujar Rahim Inteam menjelaskan mengenai kelainan yang cuba ditampilkan di dalam lagu Rabiatul Adawiyah versi 2024 ini.

Apabila ditanya mengapa sering menghasilkan lagu lama nyanyian semula dan tidak lagu baru, Hisyam menjawab:

Ini kerana lagu-lagu lama ini ada unsur nostalgia dan kami cuba memperkenalkan semula lagu-lagu berkualiti terdahulu kepada generasi sekarang yang mungkin masih belum dilahirkan ketika lagu ini dilancarkan dahulu.”

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge