Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
QALEA by Rizalman Koleksi Terbaru Hari Raya Dari Avon | Walaupun bulan Ramadhan belum kunjung tiba, ramai sedang membuat persiapan sedikit demi sedikit agar tidak membebankan pada saat akhir nanti. Semestinya kita inginkan kesempurnaan dimana semuanya seperti yang di rancang dari segi warna, corak mahupun koleksi adalah yang terbaru atau tidak. AVON Malaysia mengambil kesempatan untuk berkongsi tentang koleksi Hari Raya Terbaru dimana kolaborasi bersama Dato’ Rizalman Ibrahim kali kedua untuk koleksi Qalea.
Berkongsi pada majlis pelancaran, Dato’ Rizalman Ibrahim berkata
“Saya mencintai kemeriahan rona, budaya dan ekspresi hiasan Morocco, jadi mengimbangi eksotikanya dengan sentuhan moden menjadi cabaran yang mengujakan. Paduan flora geometri serta palet warna mewah adalah trend terbesar 2018. Qalea memberi penataan elegante de la maison yang tersendiri. This is THE collection of the year.”
Koleksi Qalea kali ini dari pelbagai rangkaian seperti langsir, cadar , pinggan mangkuk dan juga perhiasaan rumah yang mengikut trend dan citarasa terkini bertemakan Morocco. koleksi kali ini dirangkai dengan corak bungaan geometri serta warna biru cerulean, biru gelap dan merah delima yang unik.
Koleksi Qalea by Rizalman
Dari sarung bantal, alas meja dan gebar dwi-permukaan hingga ke langsir siang-dan-malam, semua bakal menjadikan setiap ruang tampak segar sepanjang Raya. Versatiliti, setiap rangkaian mengetengahkan konsep dwi-gunaan yang inovatif dan setiap rekaan ini tampak elegan dengan harga mampu dimiliki.
Bangkitkan selera dengan set hidangan porselin berekaan eksklusif, diinspirasikan jubin bohemian dari Morocco. Corak unik pinggan makan, piring hidang serta mangkuk mudah disuai-padankan.
Pastinya tidur anda akan lebih lena dalam dakapan lembut set cadar dan gebar katil berona eksklusif. Setiap set bujang, kelamin dan raja didatangkan dalam corak unik berbeza agar kesemua bilik tampil tersendiri.
oleksi Qalea by Rizalman bakal dipasarkan bermula 16 April 2018. Untuk mendapatkannya, hubungi Wakil Avon anda atau lawati mana-mana Butik Kecantikan AVON seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, silalah layari
Website Avon : www.my.avon.com