Program Nak Ubah Hidup (NUH) Tahun 2020 Lebih 13,000 Datang!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Program Nak Ubah Hidup (NUH) Tahun 2020 Lebih 13,000 Datang! ~ Bukan senang nak jadi senang! Bila di beri peluang untuk turut serta dalam program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 dengan hati riang terus setuju. Sudah lama mendengar cerita-cerita dari mereka yang hadir di program ini pada tahun- tahun sebelumnya. Ramai yang bertatih kejayaan dari program sebegini.

Program Nak Ubah Hidup

Kali ini bertempat di Setia City Convention Center (SCCC) dibanjiri lebih dari 13,000 perserta yang datang dari rata-rata kawasan bahkan ada yang dari seberang seperti Sabah, Sarawak mahupun negara jiran seperti Brunei dan Singapura. Selama 3 hari berturut-turut dari 25  hingga 27 Januari 2020. Dari jam 7 pagi kelihatan ramai yang sampai walaupun program bermula dalam jam pagi dan berakhir pada jam 10 malam.

Ini adalah tahun ke 12 dimana program ini dianjurkan sejak tahun 2008. Program ini adalah jalan permulaan bagi membantu usahawan untuk meningkatkan tahap kehidupan dan kewangan. Tanpa mempunyai potensi diri sesuatu bisness mungkin agak sukar untuk berjaya malah menguntungkan. Jadi dengan hadirnya di program ini bakal membantu juga tahap pendapatan bakal usahawan.

Setiap apa yang dilakukan mestilah ada permulaan dengan ilmu yang betul didada agar tahu arah tuju bisnes atau perniagaan. Jika tidak kurang dari 3 tahun mungkin bakal mengalami kegagalan , kerugian , gulung tikar mahupun beban muflis. Kenapa? Akibat bisnes yang dijalankan tidak mendapat keuntungan atau lancar seperti yang dirancang.

Selama program ini diadakan 12 tahun oleh Richworks ini kali pertama Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah hadir ke program Nak Ubah Hidup 2020. Dengan kehadiran beliau secara tidak langsung memberi semangat & galakkan agar anak-anak Melayu yang menjalankan perniagaan.

Pengasas Dr Azizan Osman

RichWorks International bersama pengasas Dr Azizan Osman berkongsi pengalaman dan ilmu pada mereka yang memerlukan bantuan. Dengan pengalaman yang ada sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang di awal atau sedang berniaga. Bukan senang melalui liku-liku hidup dalam memastikan perniagaan berjalan dengan lancar. Bermula dengan menjual sabun dan kelapa tetapi gagal dalam perniagaan.

Menggunakan peluang yang ada berkongsi untuk bantu lebih ramai dimana perkara penting yang perlu ada ialag ilmu yang betul untuk ubah hidup ke arah yang baik. Tidak kisah apa perniagaan sekalipun  dari menjual baju kurung, kek, char kuay teow mahupun makanan sejuk beku boleh dapatkan hasil jualan seperti ribuan mahupun jutaan ringgit.

Testimoni

Siti Noor Sabrina Mamasab Bakery yang menjalankan perniagaan membuat kek sahaja telah mencapai hasil jualan luar biasa pada tahun 2019, RM15.4 juta berbanding 2018, RM5.1 juta. Bisnes beliau yang hanya bermula dari rumah atas dasar ‘suka-suka’ ini rupanya menjadi punca rezeki untuk beliau capai sales jutaan ringgit.Kini beliau mempunyai ejen seramai 3,000 orang.

Hasil bimbingan Dr Azizan Osman juga, perniagaannya lebih terurus dan segala selok-belok perniagaannya dipimpin dan dipantau oleh MenThor mereka. Bekas radiographer di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ini juga berjaya dalam masa 2 tahun dah ada 7 cawangan. Malah beliau turut menerima award Nona Best Growing F&B Business Award dan 100 Top Young CEO 2019.

Rosli Ismail dari Oli Collection ini hanya menjual cadar sahaja. Beliau telah menjalankan perniagaan selama 20 tahun, namun mempunyai masalah dalam bisnes dan bisnes beliau tak boleh pergi jauh. Pada tahun 2016 sehingga 2018 sales beliau menurun. Bukan itu sahaja, beliau juga turut mengalami pelbagai cabaran dalam perniagaan. Sebelum beliau menjadi ahli Titanium, sales beliau hanya RM4 juta sahaja dalam masa 20 tahun berbisnes.

Secara kesimpulannya dengan adanya MenThor, Ilmu dan juga Tindakan dari usahawan ini, mereka berjaya mencapai hasil jualan yang bagus.  Program yang dianjurkan oleh RichWorks ini juga bakal membantu usahawan-usahawan untuk tidak hanya mencapai hasil jualan yang biasa-biasa malah yang lebih luar biasa. Ini juga membuktikan usahawan Melayu turut boleh berjaya dalam perniagaan.

TENTANG RICHWORKS INTERNATIONAL

RichWorks International adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran. Visi RichWorks adalah menjadi ‘Netflix’ Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian – RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

Sepanjang 12 tahun sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman, yang menarik lebih daripada 650,000 peserta dan pelanggan dalam lebih daripada 1,500 acara dan seminar dan RichWorks berjaya melahirkan lebih 700 Small Medium Enterprises (SMEs) menerusi program mentoring RichWorks – Titanium dan SPIRE.

Antara topik dan pengisian program kami adalah:

1. Pengurusan Bisnes
2. Pemasaran
3. Jualan
4. Pematuhan Undang-Undang
5. Perakaunan & Percukaian
6. Operasi
7. Kepimpinan
8. Pembangunan Diri
9. Pelaburan

Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring yang berimpak, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya hanya dalam tempoh 6 – 24 bulan.


Titanium RichWorks

Program High Net Worth Coaching adalah Program “Mentoring Membership” setahun untuk membimbing bisnes melangkah dengan lebih cepat dan berkesan dengan menunjukkan cara, jalan dan kaedah terkini untuk kembangkan bisnes 10X ganda secara luar biasa. Antara kriteria pemilihan untuk program mentoring ini adalah bisnes yang telah mencecah jualan bulanan RM100,000 sebulan.
Sejak 2015, menerusi program Mentoring Titanium RichWorks, Dr Azizan Osman telah memberi bimbingan kepada lebih 700 usahawan cekal dalam perkembangan dan pertumbuhan perniagaan mereka yang luar biasa dan jumlah anggaran jualan tahunan untuk kumpulan ini mencecah lebih RM800 juta setiap tahun.

Antara perniagaan yang berkembang luar biasa menerusi program ini dengan bimbingan Dr Azizan Osman termasuk Nurraysa Beauty, Das Abdul Global (DAG), Momentum Internet, Noir, Hasnuri, Sabella, Mamasab, Sambal Che Nor, Jamumall, Eskayvie, Rempah Mak Siti, Unlimited Dreams Sdn Bhd dan banyak lagi.

Moga ramai lagi yang menyertai program ini bagi mendapat maklumat dan motivasi diri untuk berjaya. Tahniah kepada mereka-mereka yang berjaya memberikan motivasi kepada mereka yang yang hadir dan memberi semangat untuk terus berusaha. Kalau anda berminat nak sertai program “Nak Ubah Hidup” boleh layari laman web www.NakUbahHidup2020.com.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web dan laman sosial mereka di :

Laman Web : www.richworks.com/
Facebook : https://www.facebook.com/RichworksGroup/
Twitter :@ https://twitter.com/richworks_group/
Instagram : @ https://www.instagram.com/richworks_official/
Youtube : www.youtube.com/c/RichWorksTV



1 Comment

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge