Berita baik buat anda pengguna setia e-hailing! Baru-baru ini sempat hadir ke Majlis Pra Pelancaran GV Ride E-hailing terbaru yang lebih jimat!
PRA PELANCARAN GV RIDE E-HAILING
Perkhidmatan ini bersedia untuk bersaing dengan pemain terkenal di negara ini serta memberikan alternatif pengangkutan yang cekap dan boleh dipercayai kepada pengguna di Malaysia. Dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan dan keselesaan, GV Ride dijangka menjadi penambah utama dalam industri e-hailing negara.
Diuruskan oleh urusan GV Car Ventures Sdn Bhd (GVV) di Kajang. GVV mensasar untuk memulakan operasi penuh perkhidmatan GV Ride kepada orang ramai bermula September 2024.
MAKSUD GV RIDE
GV Ride bermaksud Green Vision iaitu syarikat mesra Alam Dan merancang untuk perkenalkan kereta elekrtrik pada hujung tahun 2024.
Menawarkan solusi tempahan yang mesra bajet yang direka untuk memenuhi keperluan pemandu Dan penumpang. Memastikan perkhidmatan lebih baik dengan sentiasa mendengar maklum balas daripada pemandu Dan penumpang
PROSES PENDAFTARAN
Proses pendaftaran sebagai pemandu e-hailing GV Ride telah dibuka dan kini mereka telah menerima sejumlah permohonan dari orang ramai yang berminat. Antara syarat-syaratnya ialah
– Mempunyai kenderaan berusia kurang dari 15 tahun
– Memiliki lesen ‘Public Service Vehicle’ [PSV]
– Pendaftaran secara percuma
– Di laman sesawang GV Ride
HARGA ATAU RUNDINGAN
Untuk Penggunaan e-hailing ini berkonsepkan rundingan antara penumpang Dan pemandu.
-Penumpang menetapkan tambang pilihan,
-Dapat memilih kenderaan yang dinaiki
-Mendapatkan anggaran masa ketibaan
-Jika bersetuju, maka rundingan selesai
-Pelbagai kaedah pembayaran
KESELAMATAN DAN KUALITI
Perkhidmatan mereka menitikberatkan keselamatan penumpang dan kualiti perkhidmatan yang tinggi. Semua pemandu telah melalui proses penyaringan yang ketat dan mempunyai lesen pemandu yang sah.
“Kami berkomitmen untuk menyediakan pengalaman perjalanan yang selesa, selamat, dan berpatutan kepada semua pelanggan kami. Kebolehpercayaan dan kepuasan pelanggan adalah keutamaan utama kami.”
-kongsi Ir. Vincent Chew
ARMADA GV RIDE
Terdiri daripada pelbagai jenis kenderaan untuk memenuhi pelbagai keperluan penumpang, daripada penumpang solo kepada pengembara berkumpulan. Keselamatan merupakan keutamaan untuk perkhidmatan.
Dengan proses pemeriksaan pemandu yang ketat dan piawaian penyelenggaraan kenderaan disediakan untuk memastikan perjalanan yang selamat dan selesa untuk penumpang.
Selain menyediakan pilihan pengangkutan yang boleh dipercayai untuk penumpang, GV Ride menyasarkan untuk mewujudkan peluang ekonomi untuk pemandu di negara ini.
Dengan bekerjasama dengan pemandu tempatan dan menawarkan insentif yang kompetitif, perkhidmatan itu berharap dapat memperkasakan individu untuk memperoleh pendapatan yang mampan sambil menyediakan perkhidmatan pengangkutan penting kepada masyarakat.
KENDERAAN EV
Dalam langkah untuk mengembangkan perniagaannya, GV Ride merancang untuk memperkenalkan perkhidmatan e-hailing menggunakan kenderaan elektrik (E.V.) menjelang akhir tahun 2024. Perkhidmatan ini bakal memenuhi keperluan pelbagai pengguna termasuk pemandu dan penumpang.
GV Ride menjanjikan rancangan yang dinamik dan bersedia untuk melayani semua keperluan pengangkutan di kawasan perkhidmatan mereka.
Dijangka akan meningkatkan tahap persaingan dalam pasaran e-hailing tempatan, memberi manfaat kepada pengguna dengan peningkatan kualiti perkhidmatan dan harga yang lebih kompetitif.