PERTANDINGAN PENULISAN SKRIP DRAMA DAN DRAMA MIKRO TERBAIK MELABUHKAN TIRAI!

Pertandingan Penulisan Skrip Drama Mikro dan Pertandingan Drama Mikro Terbaik ToYm Melabuhkan Tirai dengan Kejayaan Gemilang.

PERTANDINGAN PENULISAN SKRIP DRAMA DAN DRAMA MIKRO

Dianjurkan oleh Thousands of Years Media (ToYm) dan dipersembahkan bersama oleh Sunstrong Entertainment, ToYm Wardrobe, WMD dan Flowers.com.my, majlis Penyampaian Anugerah Pertandingan Penulisan Skrip Drama Mikro dan Pertandingan Drama Mikro Terbaik ToYm melabuhkan tirai dengan penuh gilang-gemilang pada malam Ahad, 15 Jun.

Acara yang berlangsung di Majestic Marine Ballroom @ Confetti KL, Mines 2 ini telah menghimpunkan lebih 300 tetamu terhormat, pencipta kandungan dan wakil industri filem serta media.

SAMBUTAN MALAM ANUGERAH

Lebih daripada sekadar sebuah sambutan, malam anugerah ini menjadi pentas penting buat bakat-bakat baharu untuk menyerlah dan diketengahkan. Sejak penyertaan dibuka, kedua-dua pertandingan telah menerima lebih 300 penyertaan daripada penulis skrip dan penggiat kreatif dari Malaysia, China, Hong Kong dan Taiwan. Sekali gus membuktikan pengiktirafan dan kredibilitinya yang kian berkembang di peringkat serantau.

SUMBER DAN KOMITMEN

“Walaupun dunia ini tidak sempurna, selagi kita sanggup bertanggungjawab dan melakukan bahagian kita, kita tetap mampu menjadikan dunia kita sendiri— serta seluruh dunia — lebih baik sedikit demi sedikit.”

-kongsi, Pengasas ToYm dan Sunstrong Entertainment, Jment Lim

Beliau turut menegaskan bahawa selama ini, ToYm telah melaburkan sumber dan komitmen yang besar dalam pelbagai inisiatif kreatif asli seperti Pertandingan Idol Bintang Baharu ToYm, Pertandingan
Penulisan Skrip Drama Mikro ToYm, dan Pertandingan Drama Mikro Terbaik ToYm.

BUKA PELUANG PADA BAKAT TEMPATAN

Program-program ini membuka peluang penting buat bakat tempatan menonjolkan kebolehan mereka, di samping menaikkan mutu penerbitan kandungan tempatan.

PERTANDINGAN PENULISAN SKRIP DRAMA DAN DRAMA MIKRO

TOYM DAN SUNSTRONG ENTERTAINMENT

ToYm dan Sunstrong Entertainment terus mengangkat bakat tempatan dalam filem, drama mikro dan muzik. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kedua-dua syarikat ini telah mencapai kemajuan ketara.

RAIH ANUGERAH ANTARABANGSA

Filem cereka mereka yang diiktiraf, Snow in Midsummer, meraih anugerah antarabangsa dengan memenangi “Uncaged Award for Best Feature Film” di Festival Filem Asia New York ke-23 dan “Firebird
Award for Best Film” dalam “Young Cinema Competition (Chinese-Language)” di Festival Filem Antarabangsa Hong Kong ke-48.

Filem tersebut turut terpilih untuk tayangan di festival berprestij seperti Festival Filem Antarabangsa Venice yang memperkenalkan penceritaan Malaysia ke persada dunia.

DRAMA MIKRO BAHASA CINA

Sementara itu, drama mikro In Character mencipta pencapaian baharu dalam landskap kandungan digital Malaysia apabila diiktiraf sebagai drama mikro bahasa Cina pertama negara dan mencatat lebih 14 juta tontonan. Ia kini menjadi penanda aras baharu dalam industri drama mikro tempatan.

Dalam majlis yang sama, Jment Lim turut mengumumkan perancangan untuk menerbitkan sekurang- kurangnya lima drama mikro baharu, merangkumi pelbagai genre termasuk drama mikro berbahasa Melayu dan tema perayaan — memperlihatkan kepelbagaian budaya Malaysia serta memenuhi cita rasa penonton tempatan.

KEMUNCULAN ARTIS WANITA PERTAMA TOYM

Malam anugerah turut menyaksikan kemunculan rasmi artis wanita pertama ToYm, Fatimah Noryyah.Menampilkan keyakinan penuh pesona, beliau mempersembahkan lagu Always Remember Us This Way, Bukan Cinta Biasa nyanyian asal Siti Nurhaliza, serta lagu klasik Mandarin Tibetan Plateau.

PERTANDINGAN PENULISAN SKRIP DRAMA DAN DRAMA MIKRO

Dengan keupayaan vokal dalam tiga bahasa — Melayu, Mandarin dan Inggeris — Fatimah membuktikan dirinya sebagai bakat versatil masa depan yang menjadi tumpuan pembangunan oleh ToYm.

SENARAI PEMENANG PERTANDINGAN PENULISAN SKRIP DRAMA MIKRO TOYM

Hadiah Utama
Tajuk: Murderous Girl
Hadiah Wang Tunai: RM30,000.00

Naib Juara
Tajuk: The Invisible Killer
Hadiah Wang Tunai: RM20,000.00

Sagu Hati (Setiap pemenang menerima RM5,000.00)

  • GOKILL
  • Kepada Pelajar Baru (To New Students)
  • Office Battle Royale
  • A Very Tiring Day
  • Healing Hearts

Senarai Pemenang Pertandingan Drama Mikro Terbaik ToYm

Hadiah Utama
Tajuk: The Girl from the Other Side of the Galaxy
Hadiah Wang Tunai: RM100,000.00

Naib Juara
Tajuk: STEP BACK
Hadiah Wang Tunai: RM50,000.00

Sagu Hati (Setiap pemenang menerima RM10,000.00)

Tajuk: The Delivery Vault
Pencipta / Pasukan: Emagina Studio

Tajuk: Devour
Pencipta: Chew Huat Yeow

Tajuk: Miss Ctrl+Z
Pencipta: FELIX TAI VOON BENG

Tajuk: Satu Malam di PJ
Pencipta / Pasukan: Haffez Amin / Codils Media and Rights Eye Army Legacy

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge