Guna Hitachi Untuk Perkakas Rumah Yang Mesra Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Guna Hitachi Untuk Perkakas Rumah Yang Mesra Alam |Salah sebuah syarikat perintis dalam pengeluaran perkakas rumah yang dilengkapi teknologi mesra alam, Hitachi Sales (Malaysia) Sdn. Berhad (seterusnya dirujuk sebagai “Hitachi”), yakin bahawa rangkaian produk mesra alam akan diterima dengan baik di Malaysia. Perkakas rumah Hitachi, yang sesuai untuk rumah moden, terkenal kerana prestasi tinggi dan inovasi terkini, dengan ciri-ciri mesra alam dan penjimatan tenaga yang tiada bandingan.

“Pasaran perkakas rumah adalah mencabar tetapi kelebihan daya saing Hitachi sentiasa terletak pada produk berinovasi kami yang mesra alam dan menjimatkan tenaga. Kami yakin pasaran Malaysia mempunyai banyak potensi terutama sekali dengan penekanan yang diberikan oleh kerajaan tempatan kepada penjimatan tenaga dan penggunaan produk dengan teknologi lebih hijau.

hitachiRangkaian produk baru Hitachi yang diketengahkan pada tahun ini termasuk peti sejuk, mesinbasuh, pembersih vakum dan periuk nasi. Kami mengutamakan komitmen kami kepada penggunauntuk sentiasa menambah baik dan memperhalusi produk kami supaya dapat menjadikan kehidupananda lebih ceria, lebih sihat dan lebih hijau. Dalam usaha yang berterusan untuk membinamasyarakat yang lestari, kami sentiasa mencipta perkakas rumah yang mesra alam dan dapat memenuhi keperluan pengguna yang berlainan,”

kata Toshinori Kaneko, Pengarah Urusan, Hitachi Sales (Malaysia) Sdn Berhad.

Peti Sejuk dengan Dimensi Baru

Peti Sejuk Siri Big 2 Hitachi dengan Pintu Kaca: Model R-VG710P3M
 Kapasiti Kasar: 601L
 Kapasiti Bersih: 550L
 Harga Jualan Disyorkan: RM3,499
 Boleh didapati dalam warna Hitam Kaca (GBK) dan Kelabu Kaca (GGR)

Peti Sejuk Siri Big 2 Hitachi

 

Dengan Pintu Kaca dan reka bentuk komposisi barunya yang canggih pasti akan menarik mata dan menambat hati anda. Siri ini, yang mendapat tempat teratas dalampenarafan penjimatan tenaga di seluruh dunia, bukan sahaja cantik dipandang mata, tetapi juga dilengkapi Kawalan Penyongsang dan Penyejuk Kipas Berkembar yang menyejukkan setiap petak dengan cekap dan secara berasingan. Ini melaraskan kuasa pendinginan dan menukar jumlah udara sejuk yang dijanakan di dalam peti sejuk, untuk memberikan kedinginan optimum sepanjang masa.

Ciri-ciri tambahan termasuk Mod Petak Boleh Pilih dan Petak Sayuran Besar dengan Kawalan Lembapan yang membolehkan anda menyimpan sayuran dengan senang dan kemas. Anda hanya perlu menggunakan tuil yang terletak di kedua-dua belah tepi untuk melaraskan suhu dalam setiap petak dan memindahkan pemisah untuk menukar saiz petak dan memberikan fleksibiliti susun letak tambahan. Kawalan Lembapan di atas petak sayur memastikan pendinginan secara tidak langsung untuk mengekalkan tahap lembapan optimum. Teknologi inovatif Nano Titanium Hitachi memberi kesan nyahbau, antibakteria dan antikulat, yang memastikan makanan dan sayuran anda sentiasa segar lebih lama.

Siri Big French Hitachi: Model R-W720FP3MX

 Kapasiti Kasar – 586L
 Kapasiti Bersih – 540L
 Harga Jualan Disyorkan: RM5,099
 Boleh didapati dalam warna Hitam Kaca (GBK) / Perang Kaca (GBW)

Satu lagi peti sejuk yang sesuai untuk rumah anda ialah siri Big French Hitachi dengan keanggunan warna hitam dan perang. Siri ini adalah sebahagian daripada model jimat tenaga yang dilengkapi dengan Kawalan Penyongsang dan Penyejuk Kipas Berkembar serta sensor elektronik Eco Thermo, untuk memastikan operasi penyejukan dan penjimatan tenaga yang optimum sepanjang masa. Direka bentuk untuk kesenangan anda, siri Big French bukan sahaja mempunyai Petak Sayuran Besar dengan Kawalan Lembapan, ia juga dilengkapi dengan Mod Petak Boleh Pilih untuk memudahkan anda menukar antara mod Tenusu/Daging dan Sayuran bagi memenuhi semua keperluan anda.hitachi

Mesin Basuh Serba Canggih
Siri Penyongsang Galak Kuasa Bersih Sendiri Automatik: Model SF-140SV

 Kapasiti: 14kg
 Harga Jualan Disyorkan: RM2,249
 Boleh didapati dalam warna Putih (Badan) dan Emas Champagne (Penutup)

Hitachi diyakini sebagai jenama yang sentiasa membawa inovasi dan siri mesin basuh Penyongsang Galak Kuasa Bersih Sendiri Automatik ini tidak terkecuali. Hitachi berjaya mencipta teknologi bersih sendiri automatik yang direka bentuk untuk menyelesaikan masalah kotoran melekat dalam mesin basuh. Anda hanya perlu menekan suis Bersih Sendiri Automatik.

Ia mula beroperasi secara automatik sebelum putaran terakhir, untuk menanggalkan kotoran seperti minyak, sisa detergen, bakteria dan spora kulat hitam daripada luar dan bawah tab keluli tahan karat serta di dalam bahagian tab luaran. Ia terbukti berkesan dan menerima persijilan daripada Allergy UK kerana keupayaan membersihkan kulat dengan berkesan. Dibina dengan penyongsang galak kuasa, siri mesin basuh ini memberi penjimatan tenaga 42%² kepada pengguna, dengan kadar penggunaan air 14.3L/kg³.

Siri Mesin Basuh dan Pengering Muatan Depan buatan Jepun: Model BD-S5500

 Kapasiti – Basuhan 10.5kg , Kering 7kg
 Harga Jualan Disyorkan – RM7,999
 Boleh didapati dalam warna Emas Champagne

Siri Mesin Basuh dan Pengering Muatan Depan baru buatan Jepun

 

Ianya  menggunakan teknologi milik Hitachi dan juga dilengkapi Teknologi Bersih Sendiri Automatik dan teknologi Seterika Angin. Teknologi Seterika Angin menjaga pakaian anda secara lebih rapi dengan mengeringkan pakaian menggunakan angin kelajuan tinggi yang dianggarkan 300km/h untuk memastikan pakaian anda kurang renyuk dan berkedut.

Satu lagi ciri inovatif ialah fungsi Seterika Semburan Stim yang melicinkan kedutan pada pakaian kering anda dengan satu sentuhan butang. Siri ini menggunakan konsep Kitar Semula Haba yang direka bentuk untuk mengitar semula haba daripada motor utama, kipas jet dan ekobolong yang diedarkan untuk digunakan sebagai udara hangat untuk mengeringkan pakaian anda, seterusnya memberi lebih penjimatan tenaga.

Kesenangan dan Kebebasan untuk Membersih Habuk
Pembersih Vakum Siri Y Jenis Tin Baldi: Model CV-970Y
 Kapasiti Habuk – 21L
 Harga Jualan Disyorkan – RM699
 Boleh didapati dalam warna Emas Titanium

Pembersih Vakum adalah pelaburan yang baik untuk rumah atau tempat kerja anda. Hitachi memperkenalkan pembersih vakum Siri Y Jenis Tin Baldi yang cekap dan pintar, direka bentuk dengan motor kuasa tinggi yang boleh mencapai kuasa maksimum sehingga 2200W disertakan kapasiti habuk ekstra-besar 21L untuk segala keperluan pembersihan anda. Roda yang besar menyenangkan anda menolaknya ke mana sahaja. Anda boleh menggunakan kepala sedutan yang boleh bergerak bebas dan berputar menegak 90 darjah atau menggunakan mekanisme Kepala Sedutan Berbilang Sudut milik Hitachi untuk menyedut habuk daripada ruang sempit di bawah meja rendah atau set sofa.

Jangan lupa layari website Hitachi untuk informasi lanjut



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge