Pendaftaran Larian HSN21KM Kini DiBuka Mulai 15 Mac 2017.

Pendaftaran Larian HSN21KM Kini DiBuka Mulai 15 Mac 2017.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pendaftaran untuk menyertai acara larian terunggul Malaysia, HSN21KM kini sudahpun dibuka bermula 15 Mac 2017. Pendaftaran untuk kategori Larian 21KM, Larian 10KM, Larian ‘Fun Run’ 5KM dan Larian Bersama 5KM boleh dibuat secara ‘online’ di laman portal rasmi HSN21KM bagi memudahkan para peserta yang berminat untuk menyertai acara ini. Bagi merancakkan lagi penganjuran tahun ini, HSN21KM juga turut memperkenalkan satu kategori baharu iaitu Larian ‘Inline Skating’ 5KM khusus untuk para penggemar sukan kasut roda.

Acara HSN21KM dijadualkan untuk berlangsung pada 14 Oktober 2017 bertempat di Dataran Merdeka ini juga bakal menyaksikan beberapa pembaharuan segar untuk menambah baik penganjuran tahun ini yang merangkumi penambahan pengisian program selain turut menawarkan hadiah lumayan untuk dimenangi sebagai daya tarikan kepada peserta.

Displaying IMG_20170316_013301.jpg

Pemenang untuk kategori Larian 21KM bakal membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai bernilai RM7,000. Manakala lima pelari berwarganegara Malaysia yang terawal tiba ke garisan penamat bagi kategori Larian 21KM dan Larian 10KM akan turut menerima wang tunai sumbangan pihak penganjur.

Mengulas tentang penganjuran HSN21KM, Ketua Pegawai Eksekutif Muse Group Sdn. Bhd, Encik Riduwan Matni menjelaskan bahawa ini merupakan tahun kedua pihak kami menganjurkan acara larian HSN21KM. Diadakan bersempena sambutan Hari Sukan Negara 2017, kami dengan berbesar hati ingin memaklumkan bahawa penganjuran HSN21KM tahun ini akan dilaksanakan dengan lebih baik dan mantap berbanding edisi sebelum ini.

“Ekoran sambutan memberangsangkan yang diterima tahun lalu, kami juga telah meningkatkan kuota bilangan penyertaan kepada 12,000 peserta pada tahun ini untuk menggalakkan lebih ramai peserta mengambil bahagian selain turut menawarkan hadiah lumayan bagi mendorong mereka yang berminat untuk menyertai acara ini. Kami juga cukup berbesar hati dengan sumbangan pek larian oleh pihak penaja bernilai lebih RM600 yang akan diberikan kepada para peserta untuk menjayakan penganjuran tahun ini.

Kami menjangkakan maklum balas yang baik daripada para peserta yang pastinya teruja dengan ganjaran yang menanti. Tambah menarik lagi, kami akan memperkenalkan aplikasi Pic2Go, (pertama kali diadakan dalam acara larian seumpama ini di Malaysia), iaitu merupakan sebuah teknologi ‘auto- tagging’ yang membolehkan peserta menerima kiriman gambar secara terus ke akaun Facebook semasa acara larian sedang berlangsung dengan PERCUMA. Kami percaya penawaran pengisian yang berkualiti seperti ini mampu meletakkan acara HSK21KM untuk edisi 2017 sebagai sebuah acara larian yang paling dinanti-nantikan di Malaysia”

Pendaftaran Larian HSN21KM Kini DiBuka Mulai 15 Mac 2017.

Untuk makluman semua, kami hanya akan menawarkan 200 tempat bagi mengisi slot ‘elit’ untuk kategori Larian 21KM dan Larian 10KM. Peserta yang berminat untuk menyertai kategori ini perlulah menunjukkan bukti rekod larian terbaik dengan menghantar sijil (E-Cert) kepada elitepen@hsn21km.com sebelum 30 Julai 2017.” Para peserta boleh menghantarkan penyertaan dengan mendaftar melalui laman portal rasmi di www.hsn21km.com yang mana mereka akan menerima pengesahan setelah proses pendaftaran dan bayaran selesai.Had bilangan penyertaan adalah berdasarkan konsep ‘siapa cepat dia dapat’. Diskaun sebanyak 10% akan diberikan kepada pendaftaran terawal bermula 15 Mac hingga 15 April 2017. Manakala diskaun tambahan sebanyak 10% akan diberikan kepada ahli ‘Loyalty’.

Website HSN21km : www.hsn21km.com

Contact : 1800-18- 0505

E ail : askus@hsn21km.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge