Kerjasama Strategik antara RIYAZ International & Jin Jiang Hotels untuk Meluaskan Hospitaliti di seluruh Asia Tenggara dengan melancarkan RJJ Hotels Sdn Bhd.
RJJ HOTELS SDN BHD
Kumpulan hospitaliti milik Malaysia, RIYAZ International Sdn. Bhd., telah memeterai kerjasama strategik dengan Jin Jiang Hotels (China Region) bagi melancarkan RJJ Hotels Sdn. Bhd. dan meluaskan operasi mereka di seluruh Asia Tenggara dan rantau Asia Pasifik.
SASARAN 30 HOTEL DI MALAYSIA
RJJ mempunyai sasaran untuk membuka lebih daripada 30 hotel di Malaysia dan lebih daripada 180 hotel 3, 4 dan 5 bintang di seluruh ASEAN dalam masa 5 tahun. Pembukaan hotel Jinjiang pada skala yang besar akan membuka ribuan (anggaran melebihi 3000) peluang pekerjaan di Malaysia dalam sector pelancongan.

JINJIANG HOTEL
Sementara itu, Jin Jiang Hotels (China Region) adalah sebahagian daripada Shanghai Jin Jiang International Hotels Co., Ltd., yang merupakan salah satu kumpulan hotel terkemuka di dunia. Dengan lebih daripada 17,000 hotel dan 1.6 juta bilik di 55 negara, portfolionya merangkumi jenama premium, pertengahan, dan ekonomi.
DIRASMIKAN DI MITEC
Sebuah majlis menandatangani perjanjian dan pelancaran telah diadakan di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) untuk meraikan detik bersejarah ini, dan telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Pelaburan, Perdagangan, dan Industri, YBhg. Dato’ Hairil Yahri Yaacob, bagi pihak YB Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz,

Majlis ini dihadiri lebih 400 pemegang taruh industri, sekali gus mencerminkan keyakinan terhadap peranan Malaysia sebagai hab pelancongan, hospitaliti, dan pelaburan rentas sempadan.
RJJ HOTELS YANG BAKAL DI BUKA
RJJ Hotels adalah anak syarikat RIYAZ International (Malaysia). Bekerjasama dengan Jin Jiang Hotels (China), salah satu kumpulan hotel terbesar dunia dengan lebih 17,000 hotel di 55 negara. Antara jenama antarabangsa seperti Metropolo Jinjiang Hotels, Lavande Hotels, Jinjiang Inn, Ginco dan Renjoy akan dibawa masuk ke Asia Tenggara.
METROPOLO JINJIANG HOTELS

GINCO

RENJOY HOTEL

LAVANDE HOTEL

JINJIANG INN

KELEBIHAN DI MALAYSIA
Kerjasama ini bukan sekadar soal hotel baharu dibuka. Ia membawa beberapa manfaat besar:
-Peluang pekerjaan: lebih ramai rakyat Malaysia akan mendapat peluang kerja dalam bidang hospitaliti, pengurusan dan rekabentuk.

-Latihan bertaraf dunia: belia tempatan berpeluang menimba ilmu dan pengalaman dari rangkaian hotel antarabangsa.
-Sokongan untuk PKS tempatan: lebih banyak produk & perkhidmatan tempatan boleh masuk dalam rantaian nilai pelancongan.
-Kesan positif kepada ekonomi pelancongan: semakin ramai pelancong akan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan.
PERJANJIAN PENGURUSAN HOTEL SERTA MOU
Antara perjanjian yang di tandatangani adalah

Perjanjian Lesen Pengurusan (MLA) antara RJJ Hotels & Jin Jiang Hotels, Usaha Sama dengan Permodalan Satok Berhad (PSB) untuk projek Metropolo Jin Jiang Sarawak. Ada 11 lagi perjanjian pengurusan hotel & MoU di seluruh Malaysia

PERJANJIAN LESEN PENGURUSAN [MLA]
Perjanjian Lesen Pengurusan (MLA) telah ditandatangani oleh Dato’ Sri Shaheen dan Zhang Zhonghao, Naib Presiden Kanan Jin Jiang Hotels (China Region), dan disaksikan oleh Zhao Qi, Setiausaha Parti dan Pengerusi Jin Jiang International Group, bersama wakil-wakil kanan daripada RIYAZ dan Jin Jiang International.
KEYAKINAN KUKUH PARA PELABUR
“Kerjasama antara Kumpulan RIYAZ dan Jinjiang Hotels (China) membuktikan keyakinan kukuh para pelabur terhadap ketahanan ekonomi Malaysia. Ia juga menekankan kepentingan kerjasama global dalam memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab serantau untuk perdagangan, pelancongan dan pembangunan mampan.

Akhirnya, nilai kerjasama seperti ini bukan sahaja diukur melalui jumlah bilik yang dibuka, tetapi melalui kualiti peluang yang dicipta untuk rakyat Malaysia: dengan mengambil kira berapa banyak PKS yang menyertai rantaian nilai; berapa ramai belia menerima latihan bertaraf dunia, dan sejauh mana keberkesanan kita mengintegrasikan kelestarian, daripada kecekapan tenaga hinggalah pengurangan sisa dalam operasi harian.”
-kongsi YBhg Dato’ Hairil Yahri Yaacob, Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia.
RJJ BUKAN SEKADAR PELANCARAN
“RJJ Hotels bukan sekadar pelancaran, ia adalah peluang untuk Malaysia menerajui era baharu hospitaliti rentas sempadan. Dengan kekuatan tempatan yang dimiliki oleh RIYAZ serta jaringan luas Jin Jiang, kami dapat memacu pertumbuhan yang meletakkan Malaysia di tengah-tengah landskap pelancongan Asia Tenggara.”

-Pengarah Urusan Kumpulan RIYAZ International dan RJJ Hotels berkata:
MALAYSIA MENJADI HAB SEMULA JADI
“Asia Tenggara memainkan peranan penting dalam strategi pertumbuhan kami, dan daya tahan yang ditunjukkan oleh Malaysia menjadikannya sebagai hab semula jadi. Kerjasama dengan RIYAZ membolehkan kami lebih memahami pasaran tempatan bagi membawa sumber global ke rantau ini dan menawarkan hospitaliti yang mencipta nilai jangka panjang.”

-ulas Zhou Wei, Naib Presiden Jin Jiang International (Group)
RIYAZ International dan Jin Jiang Hotels menegaskan komitmen mereka untuk memacu pertumbuhan hospitaliti yang mampan, dengan Malaysia sebagai hab utama dan Asia Tenggara sebagai destinasi pengembangan seterusnya.
