Special Show: Panggung Puting Beliung Tenxi – Day 2 yang khas!
TENXI
Selepas sambutan luar biasa dan tiket sold out dalam masa 30 minit untuk Hari Pertama, Tenxi kembali dengan kejutan yang lebih besar! Dengan penuh rasa syukur dan energi positif, Icon Entertainment secara rasmi mengumumkan HARI KEDUA. sebuah persembahan istimewa bertajuk Special Show: Panggung Puting Beliung Tenxi.

MALAM KEDUA APA SPECIAL?
Untuk malam kedua ini, Tenxi turut membawa line-up istimewa dari ANTI NRML yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Tenxi menyifatkan sokongan para peminat sebagai sumber warna, semangat dan kekuatan dalam perjalanan kariernya. Beliau cukup terharu apabila mengetahui ramai peminat tidak sempat mendapatkan tiket pada pelancaran Hari Pertama, justeru Day 2 dibuka sebagai hadiah dan penghargaan buat semua Tenxiholic.
HARI KEDUA BUKAN ULANG TAYANG!
Hari Kedua ini bukan sekadar ulang tayang, tetapi dijanjikan sebagai pengalaman baharu yang lebih dahsyat, lebih mendalam dan penuh kejutan. Tenxi mahu seluruh peminat sing along bersama, menikmati muzik tanpa batas dan melepaskan segala tekanan “cool W8 it kerana sudah DIBERI AKSES untuk malam KEDUA gaiss!”

LOCK THE DATE
Dengan lokasi dan masa yang masih sama seperti Hari Pertama, para peminat kini boleh LOCK THE DATE untuk sebuah malam yang bakal dibadai energi “puting beliung”, tetapi dalam versi penuh cinta dan kehangatan dari peminat untuk Tenxi.
“Take a sip and let’s ESCAPE from STRS..” itulah misi Tenxi untuk Day 2: membawa para peminat keluar seketika dari kesibukan dunia, masuk ke ruang muzik yang sarat penawar, tenaga dan MAGIC.
HARGA TIKET
Mulai 10 Disember 2025 , tiket bermula di jual pada jam 3 petang dimana

✔ RM 250 – hoRRReg
✔ RM 220 – Apa Lagi
✔ RM 180 – 1/10
✔ RM 150 – Cuba Lagi
✔ RM 5,000 – Puting Beliung Box – Termasuk 10 pax + Signature Poster & F&B Snacks
Tiket dijual dengan harga mampu milik agar seluruh Tenxiholic dapat merasai sendiri kehangatan, energi dan MAGIC Tenxi secara langsung.
