‘Panasonic Ketupat Rendang Brownies Coklat‘ Kolaborasi Panasonic & Media Prima

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Panasonic Ketupat Rendang Brownies Coklat‘ Kolaborasi Panasonic & Media Prima

Panasonic Ketupat Rendang Brownies Coklat‘ . Untuk tahun ini Panasonic & Media Prima berkolaborasi bersama menghasilkan drama sempena bulan Ramadan 2017 yang bakal tiba iaitu ; ‘Panasonic Ketupat Rendang Brownies Coklat‘. Ianya adalah sebuah drama menyentuh hati yang menghubungkan emosi kelompok penonton sasaran. Drama ini boleh di tontoni dari pelbagai lapiasan dan bakal merapatkan hubungan seisi keluarga. Drama bersiri ini menampilkan pelbagai integrasi produk yang menggambarkan Panasonic sebagai sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia.‘Panasonic Ketupat Rendang Brownies Coklat‘ Kolaborasi Panasonic & Media Prima

Dengan kerjasama yang di jalinkan antara Panasonic Malaysia dan Media Prima Berhad adalah untuk memperkukuhkan kedudukan di pasaran bagi segmen produk eletrik pengguna. Ianya di anggap satu kerjasama dengan syarikat media bersepadu yang terkemuka di negara ini.‘Panasonic Ketupat Rendang Brownies Coklat‘ Kolaborasi Panasonic & Media Prima

Encik  Cheng Chee Chung, Pengarah Urusan Panasonic Malaysia berkata,‘Panasonic Ketupat Rendang Brownies Coklat‘ Kolaborasi Panasonic & Media Prima

“Jenama Panasonic sudahpun terkenal dengan produk elektrik yang berkualiti tinggi di kalangan isi rumah Malaysia dengan kehadiran syarikat di pasaran ini sejak lebih 40 tahun lepas. Selama ini, kami komited untuk memperkayakan kehidupan pelanggan kami dengan menyediakan produk bermutu, tahan lama dan mampu memenuhi gaya hidup yang sentiasa berubah dan menjadikan setiap akitiviti keluarga lebih bermakna. Kerjasama kami dengan Media Prima Berhad adalah suatu platform yang penting untuk mendekati lebih ramai keluarga dan memberikan kehidupan yang lebih baik kepada mereka.”

Bagi Puan Nini Yusof, Pengarah Pemasaran dan Strategi bagi Kumpulan Perkhidmatan Pelanggan Media Prima Berhad berkata,‘Panasonic Ketupat Rendang Brownies Coklat‘ Kolaborasi Panasonic & Media Prima

“Perkongsian ini adalah bukti kedudukan Media Prima Berhad sebagai sebuah konglomerat media terbesar dengan keupayaan untuk mencapai penonton yang luas merentasi pelbagai platform. Lebih daripada itu, kami juga menawarkan sumber kreatif untuk menghasilkan kandungan yang sangat menarik serta relevan kepada penonton Melayu.

Sinopsis Drama ‘Panasonic Ketupat Rendang Brownies Coklat’

Sudah hampir tiga tahun, Zaid (Rashidi Ishak) dan keluarganya tidak menyambut Hari Raya bersama-sama di kampung halaman mereka. Ibu bapanya, Wan (Khatijah Tan) dan Tok Wan (Mior Hashim Manaf) jelas sekali merindui cucu kesayangan mereka dan kian beria-ia meluangkan masa bersama-sama mereka. Tahun ini tiada bezanya buat Zaid kerana isterinya Elyna (Rita Rudaini) sibuk bekerja. Apabila Zaid menelefon untuk memberitahu ibu bapanya bahawa mereka tidak akan pulang ke kampung, Wan berpakat dengan Tok Wan untuk pergi ke bandar dan memberikan kejutan buat Zaid.

Walaupun Wan merasai dirinya seperti tidak diundang oleh Elyna, dia tidak berputus asa dan memutuskan untuk menggunakan senjata rahsia beliau – hidangan rendang yang enak, dimasak dengan penuh kasih sayang bagi memenangi hati keluarganya.

Siaran Drama ‘Panasonic Ketupat Rendang Brownies Coklat’

‘Panasonic Ketupat Rendang Brownies Coklat’ akan disiarkan di saluran TV3 pada setiap Khamis jam 6.00pm dari 25 Mei – 15 Jun 2017. Penonton juga boleh menonton siaran ulangan dari 3-6 Julai 2017, Isnin hingga Khamis pada jam 5.35pm.‘Panasonic Ketupat Rendang Brownies Coklat‘ Kolaborasi Panasonic & Media Prima

Para pelakon yang terlibat dalam drama ini bukanlah dari calang-calang artis. Diantara artis-artis yang terlibat adalah Rita Rudaini dan Rashidi Ishak, berserta pelakon veteran seperti Khatijah Tan dan Meor Hashim Manaf. Turut terlibat adalah bakat-makat muda yang terdiri daripada Khayrisyah Kamal and Habeil Lutfillah.

Bagi memanfaatkan lagi daya tarikan barisan pelakon drama bersiri tersebut, Panasonic melantik Rita Rudaini dan Khatijah Tan sebagai duta rasmi promosi ‘Sehati Beraya’ yang berlangsung dari 16 Mei – 30 Jun 2017. Melalui tawaran ini, pelanggan boleh membuat sambutan Hari Raya mereka lebih bermakna dengan promosi bundle Panasonic ‘Kombo Sehati’, Pembelian-dengan-Pembelian dan hadiah percuma untuk pembelian produk-produk terpilih Panasonic‘Panasonic Ketupat Rendang Brownies Coklat‘ Kolaborasi Panasonic & Media Prima

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge