OST Telaga Suriram – ‘Sesal’, tampilkan kehebatan vokal Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
OST TEMA TELAGA SURIRAM
Lagu balada ini menjadi bukti kehebatan beliau sebagai penyanyi tersohor tanah air, mampu membawa emosi mendalami yang menyentuh hati pendengar.
CIPTAAN
Hasil ciptaan Nurzaidi Abd Rahman dengan susunan muzik oleh Eddie Slam. Juga diindahkan dengan alunan seruling Mohar Yang menambahkan keindahan emosi pada karya ini.
Mengisahkan penderitaan seorang ibu yang mencari anak perempuannya yang hilang selaras dengan tema filem arahan Osman Ali. Lagu ini juga membawa pendengar merasai kerinduan yang dalam dan kesakitan emosi yang menyentuh jiwa-.
PROSES RAKAMAN
Rakaman dilakukan di Studio Kayangan dibawah arahan Shuhaimi Zulkefli. Manakala video muziknya menampilkan pelakon En. Wan Farid Wan Abdullah dan Julian Tan yang membawa elemen dramatik filem ini ke layar kecil.
Kali ini proses rakaman hanya mengambil masa 30 minit terbukti Yang beliau dapat menghidupkan melodi dalam lagu ini.
‘Saya rakam lagu ini sekali gus dari mula hingga akhir dimana emosi dibawah terus tanpa henti agar dapat penyampaian lebih tulen. Saya dapat hayati lagu ini kerana sebagai seorang ibu, saya faham sangat bagaimana perasan sesak dan sedih itu. Alhamdulilah, Allah memudahkan segalanya,’
-kongsi Dato’ Sri Siti Nurhaliza
KONGSI OSMAN ALI
Pengarah filem Osman Ali menyifatkan penyampaian Siti sebagai sangat luar biasa menyampaikan emosi cerita ini dengan sempurna. Dato’ Sri Siti Nurhaliza terus memukau dunia Seni dengan persembahan vokalnya dalam lagu tema filem Telaga Suriram
SINOPSIS TELAGA SURIRAM
Telaga Suriram mengisahkan kehilangan seorang kanak-kanak perempuan secara misteri, mengheret kominiti yang erat ke dalam kekacauan dan ketidakpercayaan. Ketidakmampuan untuk menemui anak itu menyebabkan penduduk menyebabkan khabar angin tentang pengorbanan syaitan.
Namun apabila mereka mula diganggu, pelbagai syak wasangka timbul dan satu kebenaran yang mengerikan penuh dengan rahsia dan rasa malu mula terdedah. Apa yang terjadi ?