Nokia 3.1 Baharu Perlihatkan Reka Bentuk Premium Serba Bergaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Nokia 3.1 Baharu Perlihatkan Reka Bentuk Premium Serba Bergaya| HMD Global, pangkalan bagi telefon Nokia, telah mengumumkan bahawa Nokia 3.1 baharu kini boleh dibeli oleh pelanggan daripada semua peruncit Nokia yang sah di seluruh negara pada harga runcit disyorkan RM 655 mulai hari ini. Membawakan pengalaman premium dan reka bentuk aluminium canggih, Nokia 3.1 menampilkan ciri kelebihan dan mutu ketukangan yang anda jangkakan daripada telefon pintar Nokia. Dengan menyertai keluarga Android One, Nokia 3.1 diiktiraf oleh Google sebagai menjanjikan pengalaman terbaik dalam kelasnya dari segi perkakas dan perisian pada harga yang ditawarkan.


Reka bentuk premium
Seperti telefon asal, Nokia 3.1 baharu menggabungkan bahan-bahan yang dipilih secara teliti untuk
diterapkan secara harmoni dengan reka bentuk mengagumkan. Rangka logam teranod dilarik dan
skrin kaca arca menghasilkan gandingan sempurna untuk penampilan menarik dan genggaman
selesa di tangan pengguna. Warna logam yang lembut tetapi menyerlah dipadankan dengan
potongan dwiberlian untuk kemasan serba mewah. Nokia 3.1 ialah telefon pintar 18:9 kami yang paling termampu, memaparkan nisbah skrin sama yang setanding telefon pintar moden untuk membolehkan anda melihat lebih banyak kandungan sekali imbas menerusi kerangka peralatan yang nipis. Dengan saiz yang sewajarnya untuk kegunaan satu tangan, ia kini memperlihatkan skrin 5.2 inci HD lebih besar yang dilindungi oleh Kaca Corning® Gorilla® 3 berlengkung 2.5D yang kalis kerosakan untuk memastikan penampilannya cantik untuk tempoh lebih lama.


Pengalaman premium
Nokia 3.1 dipacu oleh MediaTek 6750, iaitu set cip dengan lapan teras, menjanjikan dua kali ganda
pemproses teras, dan peningkatan prestasi 50% berbanding generasi terdahulu untuk memastikan
telefon anda terus memenuhi keperluan anda. Dengan kamera belakang auto fokus 13 MP, Nokia
3.1 sedia mengabadikan kenangan yang boleh anda tatap berulang kali, manakala kamera depan
sudut luas memuatkan lebih banyak lagi dalam satu swafoto. Menerusi set sensor penuh – lazimnya disediakan hanya dalam telefon premium – Nokia 3.1 mengendalikan aplikasi dan ciri terkini dengan mudah. Manfaatkan aplikasi AR paling popular seperti Pokémon Go dan rakamkan seluruh pemandangan dengan pengimejan panorama.

“Nokia 3 telah menjadi sebahagian penting daripada rangkaian telefon pintar Nokia di Malaysia. Memandangkan begitu ramai orang yang menggunakannya setiap hari, kami telah mendapat banyak maklum balas positif yang mendorong kami untuk menambah baik pengalaman peminat kami. Kami memastikan Nokia 3.1 menghasilkan keseimbangan sempurna antara kuasa dan reka bentuk, supaya pelanggan kami tidak perlu memilih hanya salah satu.”

-Vijay Thangavelu, Pengurus Negara (Malaysia and Myanmar), HMD Global

Android One yang tulen, selamat dan terkini
Nokia 3.1 akan menyertai keluarga Android One bersama rangkaian telefon pintar Nokia menyeluruh lain yang sudah membawakan pengalaman ciptaan Google yang pintar, selamat dan nyata luar biasa. Telefon pintar Nokia dengan Android One menawarkan lebih banyak ruang simpanan dan hayat bateri di luar kelaziman, dan juga inovasi terkini pacuan AI daripada Google untuk membantu anda kekal di hadapan setiap hari. Nokia 3.1 akan menerima tampalan keselamatan bulanan selama tiga tahun dan kemas kini OS selama dua tahun sebagai jaminan dalam program Android One. Ini menjadikan Nokia 3.1 baharu sebagai antara telefon yang paling selamat, dan sentiasa
menggunakan perkhidmatan Google terkini seperti Google Assistant dan Google Photos yang menawarkan simpanan gambar bermutu tinggi tidak terhad percuma.


Dengan menggunakan perisian Android Oreo™, anda akan dapat menikmati ciri-ciri terkini, termasuk Google Assistant, Google Lens, Picture-in-Picture untuk berbilang tugasan, Android Instant Apps untuk menemui dan mengendalikan aplikasi dengan lancar, 60 emoji baharu yang menarik dan ciri- ciri yang memaksimumkan hayat bateri seperti mengehadkan penggunaan aplikasi latar. Nokia 3.1 memang sudah disediakan untuk Android P.

Boleh didapati dalam tiga warna: Biru/Tembaga, Hitam/Krom dan Putih/Besi; dengan RAM/Ruang

Simpanan: 3GB/32GB, Nokia 3.1 akan dijual di gedung runcit mulai 13 Julai 2018 pada harga runcit disyorkan RM655.



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge