Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Nikmati Keceriaan PETPET Berjam-jam Bersama Si Manja Tersayang|PETPET hari ini memperkenalkan rangkaian lampin yang baru dan lebih baik yang menjanjikan untuk mengekalkan keceriaan serta keselesaan anak-anak kecil untuk jangka masa yang lebih lama.
Ibu bapa dengan bayi dan kanak-kanak pastinya memahami betapa pentingnya memastikan anak-anak mereka kekal kering dan selesa sepanjang hari. Ia memastikan si manja anda sentiasa tersenyum, ceria dan suka bermain-main apabila mereka tidak berasa basah, melekit dan tidak selesa.
Untuk memahami sepenuhnya apa yang ibu bapa dambakan apabila mencari lampin yang sesuai, PETPET berhubung dengan beberapa keluarga dan mendapati bahawa tiga fungsi utama yang paling penting adalah tiada kebocoran, kekeringan yang tahan lama dan berterusan.
Setelah menjalankan banyak penyelidikan dan pembangunan untuk memastikan ketiga-tiga isu itu ditangani, PETPET memperkenalkan rangkaian lampin yang menjanjikan keceriaan buat seisi keluarga selama berjam-jam.
“PETPET adalah sebuah jenama yang sentiasa cuba memahami segala kehendak para pengguna kami. Produk kami bukan hanya untuk memenuhi keperluan pasaran, ia berkisar mengenai menyediakan produk yang menyokong pengguna kami dalam kehidupan seharian mereka. Kami faham bahawa masa bersama keluarga adalah sangat penting pada zaman ini di mana semuanya bergerak dengan pantas, jadi bagi memastikan bahawa ibu bapa kami menikmati detik-detik yang terindah bersama anak-anak mereka, kami telah membangunkan satu rangkaian lampin yang akan memastikan bahawa mereka berupaya menikmati detik-detik yang tidak dapat dilupakan,”
-Yeoh Aik Cheong, Pengarah Urusan PETPET Malaysia.
Rangkaian lampin PETPET yang baharu menggunakan fabrik bukan tenunan dan teknik pemprosesan serta pengacuan bahan penyerap yang jauh mendahului industri ini. Teknologi ‘Cepat Kering’ yang unggul ditambah dengan sistem 360°AirThru memberikan lebih banyak keselesaan serta mekanisme pengeringan pantas yang mengekalkan keselesaan dan keceriaan bayi-bayi sehingga 10 jam sehari.
Tidak seperti kebanyakan lampin yang perlu ditukar dengan kerap, ibu bapa kini boleh berehat kerana yakin bahawa si manja tersayang akan kekal ceria bukan hanya sepanjang siang hari, tetapi ketika mereka sedang tidur dengan nyenyak di dalam katil mereka.
Bagi produk ‘New Born’ khususnya, PETPET telah memastikan bahawa lampin mereka jauh lebih lembut terhadap kulit sensitif bayi yang baru lahir dan telah direka untuk mengambil kira kawasan pusat bayi yang sedang sembuh supaya tidak ada tekanan atau tidak dilapisi.
Untuk para ibu bapa, ini adalah mimpi yang menjadi kenyataan. Keperluan untuk menyediakan barangan bayi secara berlebihan setiap kali mereka meninggalkan rumah kini adalah satu kenangan yang lama. Dengan lampin yang direka khas oleh PETPET dan disertakan dengan cetakan mascot yang comel dan menarik, seisi keluarga kini boleh menikmati lebih banyak masa berkualiti tanpa sebarang tekanan untuk mencipta detik-detik manis yang tidak dapat dilupakan.
Untuk melancarkan rangkaian lampin baharu yang dipertingkatkan, PETPET akan mendirikan gerai promosi khas di sekitar Lembah Klang bermula 19 Mac 2019. Premium, permainan serta pelbagai tawaran istimewa akan disediakan, jadi pastikan anda mengunjungi jerayawara PETPET. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai tarikh ia akan tiba di kedai berhampiran anda, log masuk ke laman Facebook rasmi PETPET di https://www.facebook.com/petpetMY.