NAK JADI ARTIS SONY MUSIC, JOM SERTAI PERTANDINGAN KARAOKE MINGGU INI!

Buat anda yang mempunyai minat menyanyi mahupun ingin ceburi bidang nyanyian, apa kata jom pakat ramai-ramai sertai pertandingan karaoke hujung minggu ini.

PERTANDINGAN KARAOKE

Pada 26 Dan 27 July 2025, bakal berlangsung pertandingan karaoke di Central Town, Mytown Kuala Lumpur bersempena The Ascott Star Rewards Festival 2025. Setakat hari ini lebih dari 250 penyertaan telah diterima dari orang ramai

JURI PERTANDINGAN

Selain Naqiu, turut dipilih sebagai juri bagi mengadili pertandingan karaoke di acara The Ascott Star Rewards Festival 2025 antaranya Ara Johari.

HADIAH PERTANDINGAN KARAOKE

Pertandingan ini dibuka kepada semua lapisan umur dan bakal merebut hadiah utama dimana ditawarkan menjadi artis rakaman Sony Music Malaysia.

TIPS DARI NAQIU

Mana-mana bakat baharu yang ingin memasuki pertandingan sebegini agar membuang mentaliti dan kecenderungan untuk hanya membawakan lagu bernada tinggi.

“Jangan ada mentaliti yang mana hendak menyanyi karaoke atau pertandingan, mesti lagu bernada tinggi. Kadang-kadang lagu yang rendah pun boleh jadi tarikan.

“Saya rasa perlu ada perubahan seperti itu. Saya pun tak mahu dengar orang menyanyi seperti saya sebab saya pun dah dengar suara saya sendiri berpuluh tahun,”

-kongsi Naqiu.

TIADA IDENTITI SENDIRI

Lambakan penyanyi yang tiada keaslian dan identiti sebagai penghibur yang berbakat besar kini ada dimana-mana saja. Keutamaan yang dicari pada peserta terpilih adalah elemen keunikan dan faktor X sebagai seorang penghibur

“Kebanyakannya nak jadi macam ratu rock kita, Ella, Datuk Awie atau Azlan Typewritter. Jadi saya tak nak ada dua atau tiga penyanyi sebegitu sebab kita sudah ada dalam industri.

PERSEMBAHAN SECARA LIVE

buat pertama kalinya syarikat rakaman Sony Music Malaysia bakal menganjurkan persembahan muzik secara langsung dan pencarian bakat yang menampilkan artis-artis tempatan popular termasuk Vanessa Reynauld, Yulia, dan ramai lagi.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge