Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR 2 SEMI FINAL – ABC & ZUZU GAGAL| Muzikal Lawak Superstar 2 sudah sampai ke separuh akhir di minggu ke sembilan. Siapakah yang bakal mara ke malam peringkat akhir nanti?
Muzikal Lawak Superstar 2
Program realiti muzikal komedi Astro Warna yang sarat dengan gelak tawa. Bersiaran dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya secara eksklusif di saluran Astro Warna HD (107) dan Astro Warna (127) pada setiap Jumaat, jam 9.00 malam mulai 18 Disember 2020.
Menggandingkan 14 kumpulan sebelum ini yang terdiri daripada barisan pelawak dan selebriti. Tidak semestinya pelakon malah penyanyi mahupun personaliti popular. Di kemudikan oleh dua nama sensai dalam industri hiburan iaitu Nabil Ahmad dan Elly Mazlein.
Kumpulan ABC
Kalau tanya KP ini diantara group yang memang mendapat perhatian untuk menempah tiket ke pertandingan akhir nanti. Di anggotai oleh Chiwan, Cik B dan Achok
Untuk semi final kali ini, Dato Seri Vida dijemput sebagai tetamu jemputan. Sewaktu latihan semuanya berjalan dengan lancar seperti di rancang. Namun pada malam persembahan, ia menjadi tidak terkawal. Semuanya berubah dalam sekelip mata dimana lawak yang dirancang tidak menjadi.
Datuk Awie jelas kecewa dengan persembahan dari kumpulan ABC. Lebih terkilan akan nasib Chiwan dan Achok yang ini mengentengahkan bakat lawak melalui platform pertandingan ini.
Kumpulan Zuzu
Disebut-sebut juga bakal menempah tiket ‘senang’ ke peringkat akhir namun kecundang juga. Artis jemputan yang dijemput dikatakan tidak menyerlahkan kumpulan ini untuk melayakkan ke peringkat seterusnya.
Walaupun masing-masing dalam kumpulan baru tetapi nampak usaha setiap minggu yang dilakukan .
Superstar of The Week
Persembahan yang tidak pernah menurun malah prestasi makin baik setiap minggu melayakkan Kumpulan HEART dipilih sebagai Superstar of The Week.
Juri Tetap Muzikal Lawak Superstar 2
Lagenda rock tanah air, Dato’ Awie kembali menyarung jersi juri tetap. Diapit oleh pelakon jelita, Fazura dan hero Melayu kegilaan ramai, Zul Ariffin!
Untuk Pengarah Muzik pula adalah komposer dan pemain gitar yang begitu disegani ramai, Shah Nizam Abdul Halim atau lebih mesra disapa dengan Shah Slam.
Pemarkahan
50% jumlah pemarkahan akan diberikan oleh barisan Juri Tetap manakala baki peruntukan markah 50% daripada undian penonton melalui undian SMS atau undian atas talian. Konsep ‘Star’ juga akan digunapakai sebagai salah satu cara pengiraan markah, dan pemberian ‘Star’ ini adalah eksklusif untuk Juri Tetap sahaja. Kumpulan dengan markah terendah pada penghujung persembahan mingguan akan disingkirkan.
Nantikan malam final minggu hadapan! Siapa yang bakal dinobatkan sebagai Juara Muzikal Lawak Superstar 2? Untuk maklumat lanjut layari
Website |