MUAZ EXCLUSIVE: KOLEKSI FESYEN PREMIUM MAMPU MILIK, TERBAIK!

Muaz Exclusive: Koleksi Fesyen Premium Mampu Milik 2025. Muaz Emporium Lancar Jenama Baharu Muaz Exclusive  

MUAZ EXCLUSIVE

Muaz Emporium, peneraju fesyen tempatan sejak 1993, melakar sejarah baharu apabila melancarkan jenama terkininya, Muaz Exclusive, dalam sebuah majlis gilang-gemilang di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur hari ini.

PENCAPAIAN DALAM INDUSTRI FESYEN

Pelancaran ini bukan sahaja menandakan satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan panjang Muaz Emporium, malah menjadi bukti komitmen syarikat dalam terus memperkasa industri fesyen tempatan.

LEBIH 100 KOLEKSI MEWAH MAMPU MILIK?

Muaz Exclusive diperkenalkan sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia yang tidak pernah berhenti menyokong jenama ini sepanjang lebih tiga dekad. Menerusi jenama baharu ini, lebih daripada 100 koleksi pakaian mewah mampu milik akan dilancarkan secara berperingkat, merangkumi busana formal, kasual, pakaian tradisional moden, serta aksesori eksklusif.

MUAZ EXCLUSIVE

DILANCARKAN BERPERINGKAT

Direka dengan teliti menggunakan fabrik berkualiti tinggi, koleksi ini menyasarkan untuk memenuhi citarasa pelbagai lapisan masyarakat – daripada golongan muda yang mengikuti trend semasa sehinggalah kepada mereka yang mengutamakan keselesaan, gaya elegan dan nilai warisan tempatan.

SIAPA DUTA RASMI MUAZ EXCLUSIVE

Sebagai simbol aspirasi dan identiti jenama ini, Muaz Exclusive turut mengumumkan pelantikan dua ikon seni tanah air, iaitu Dato’ Aaron Aziz dan Siti Saleha, sebagai duta rasmi.

MUAZ EXCLUSIVE

GAYA VERSATIL

Pemilihan kedua-dua figura terkenal ini mencerminkan hasrat Muaz Exclusive untuk menampilkan gaya versatil yang mampu digayakan oleh semua, serta memartabatkan fesyen tempatan ke peringkat lebih tinggi.

MUAZ EXCLUSIVE

Kehadiran mereka dijangka mampu menarik minat bukan sahaja peminat fesyen tempatan, malah pasaran antarabangsa.

MUAZ EXCLUSIVE

FESYEN PREMIUM UNTUK SEMUA

Muaz Exclusive bukan diwujudkan untuk bersaing, tetapi untuk meraikan industri fesyen tempatan. Kami mahu rakyat Malaysia menikmati fesyen premium pada harga yang mampu dimiliki. Setiap helaian pakaian dalam koleksi ini adalah hasil gabungan kreativiti, kualiti, dan nilai estetik yang sesuai dipakai oleh semua golongan.”

MUAZ EXCLUSIVE

-Menurut pengurusan Muaz Emporium.

Selain menawarkan harga berpatutan, kami turut menitikberatkan aspek kelestarian dengan menggunakan bahan mesra alam serta amalan pengeluaran yang lebih lestari. Ini seiring dengan komitmen global terhadap pembangunan industri fesyen yang bertanggungjawab.

PERKUKUH KEDUDUKAN DALAM FESYEN TEMPATAN

Sejak penubuhannya pada tahun 1993, Muaz Emporium telah berkembang daripada sebuah butik kecil kepada salah satu jenama fesyen tempatan paling dipercayai, dengan pelanggan setia di seluruh negara. Pelancaran Kali ini  mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai jenama tempatan yang dekat di hati rakyat Malaysia.

MUAZ EXCLUSIVE

MENGENAI MUAZ EMPORIUM

Ditubuhkan pada tahun 1993, Muaz Emporium telah menjadi nama sinonim dengan fesyen berkualiti, rangkaian pilihan meluas, dan harga mampu milik. Dengan pengalaman lebih tiga dekad dalam industri, syarikat ini kekal komited memperkenalkan rekaan inovatif yang menepati citarasa pelanggan dari segenap lapisan masyarakat.

Website Muaz

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge