Moto Morini Alltrhike 450 Rasmi Dilancar di Malaysia – Adventure Bike 450cc Untuk Pengembaraan Lasak
MOTO MORINI ALLTHRIKE 450
Pengedar motosikal tempatan Mforce Bike Holdings secara rasmi memperkenalkan model adventure terbaharu mereka, Moto Morini Alltrhike 450. Sebuah motosikal pertengahan yang direka untuk penunggang yang mahukan keseimbangan antara kuasa, keselesaan touring dan kemampuan meredah laluan mencabar.

HARGA RM28.888
Ditawarkan pada harga RM28,888 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans), motosikal ini hadir dalam tiga warna menarik iaitu Earth Grey, Stone Black dan Brave White, menjadikannya antara pilihan paling kompetitif dalam segmen adventure bike 450cc di Malaysia.
ENJIN 449CC DUA SLINDER
Jantung kepada Alltrhike 450 ialah enjin 449cc dua silinder DOHC 8-injap yang mampu menghasilkan 33 kW pada 8,000 rpm serta 42 Nm tork pada 6,500 rpm.
TRANSMISI 6-KELAJUAN
Enjin ini dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan bersama klac F.C.C. slipper, memberikan pertukaran gear yang lebih lancar serta kawalan lebih stabil ketika menunggang di jalan raya mahupun laluan tidak berturap.

TANGKI BAHAN API 18.5 LITER
Untuk kegunaan perjalanan jauh, motosikal ini dilengkapi tangki bahan api 18.5 liter serta sistem penyejukan cecair yang memastikan prestasi enjin kekal optimum dalam pelbagai keadaan cuaca.
SUSPENSI KYB & SISTEM BREK UNTUK MOTO MORINI ALLTRHIKE 450
Dari segi pengendalian, Alltrhike 450 dilengkapi:
✔ Fork hadapan inverted KYB boleh laras sepenuhnya
✔ Suspensi belakang KYB dengan pelarasan pra-beban dan redaman lantunan
Sistem membrek pula menggunakan cakera terapung J.JUAN di hadapan dan cakera tunggal di belakang. Lengkap dengan ABS dwi-saluran yang boleh dinyahaktifkan untuk kawalan lebih baik ketika tunggangan off-road.
Bagi meningkatkan kestabilan di laluan mencabar, motosikal ini menggunakan rim jejari dengan tayar 90/90-R21 di hadapan dan 140/70-R18 di belakang.

ALLTRHIKE MODE UNTUK LALULAN LASAK
Salah satu ciri paling menarik ialah ALLTRHIKE Mode, yang membolehkan penunggang menyahaktifkan sistem ABS dan Traction Control System (TCS) untuk kawalan lebih bebas ketika menunggang di laluan tanah atau off-road.
CIRI MODEN LAIN MOTO MORINI ALLTRHIKE 450
Antara ciri moden lain termasuk:
✔ Paparan TFT 6 inci
✔ USB Type-A & Type-C charging port
✔ Sistem pencahayaan LED penuh dengan DRL
✔ Suis keselamatan tongkat sisi
✔ Cermin hadapan boleh laras
Dari segi dimensi, motosikal ini berukuran 2,285 mm panjang, 855 mm lebar dan 1,350 mm tinggi dengan ketinggian tempat duduk 850 mm serta jarak kelegaan tanah 215 mm.
Berat kering sekitar 190 kg, menawarkan keseimbangan ideal antara kestabilan dan kemudahan kawalan untuk penunggang adventure.

KELENGKAPAN TOURING LENGKAP
Untuk kegunaan perjalanan jauh, Alltrhike 450 didatangkan dengan set kotak simpanan lengkap:
✔ Kotak sisi kiri 34L
✔Kotak sisi kanan 30L
✔ Kotak atas 39L
Selain itu, motosikal ini menyokong Bluetooth connectivity serta integrasi aplikasi Carbit Ride, membolehkan penunggang mengakses navigasi dan maklumat perjalanan dengan lebih mudah.
WARANTI DUA TAHUN
Sebagai nilai tambah, setiap pembelian turut disertakan waranti dua tahun tanpa had perbatuan serta kemudahan pembelian alat ganti tulen secara atas talian melalui Mforce Bike Holdings.
Dengan gabungan kuasa enjin, teknologi moden serta kelengkapan touring lengkap, Moto Morini Alltrhike 450 dijangka menjadi antara motosikal adventure 450cc paling menarik di pasaran Malaysia pada tahun 2026.
