Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

MISMIS Ubat Gigi Perisa Koko Terbaru Untuk Adik-Adik Comel ~ Kerjasama diantara Syarikat NFA Technology Sdn Bhd dan Lembaga Koko menghasilkan produk terbaru jenama MISMIS. MISMIS adalah ubat gigi premium pudina koko yang menggunakan bahan aktif polifenol-tannin.

“Ubat gigi MISMIS tanpa fluorida dari ekstrak Polifenol koko premium terpilih dengan campuran ramuan bahan semulajadi seperti cengkih, dan minyak zaitun ini akan mengekalkan senyuman manis dan nafas yang segar anda sepanjang masa”

-kata Puan Noormawarni Nordin selaku Pengarah Syarikat

Informasi MISMIS

MISMIS adalah perkataan singkat dari Make It Smile. Jika sebut MISMIS perkataannya agak ‘catchy’ dan unik untuk diingati jua disebut samada kanak-kanak mahupun dewasa. Puan Noormawarnie Nordin adalah tunggak utama untuk memperkenalkan produk penjagaan oral yang menggunakan bahan semulajadi dan yang penting adalah Halal. Ini diantara produk yang 100% lokal yang menggunakan 99.9% bahan semulajadi. Jadi ianya sesuai untuk digunakan golongan dewasa mahupun kanak-kanak

Bahan aktif polifenol-tannin yang ada didalamnya dapat membasmi bakteria yang ada dalam mulut seperti Streptococcus Mutan dan S.Sanguis juga karies gigi atau nafas berbau. Lemak koko yang ada  kaya dengan Vitamin E bakal membantu dalam meningkatkan aktiviti agen bakteria daripada masalah kaviti dalam mulut. Bahan-bahan seperti Paraben , SLS dan flourida tiada dalam ubat gigi jenama ini.

Produk MISMIS

Ubat gigi ada 2 kategori iaitu untuk dewasa dan kanak-kanak seperti ubat gigi jenama yang lain bagi memenuhi permintaan pengguna di luar sana. Gabungan diantara aroma koko dan daun pudina memberi kesegaran jua kepuasan. Keunikan ubat gigi ini juga mempunyai kelebihan ‘extra cool mint’.

Dari nama ‘extra cool mint’ pastinya anda setuju dimana selepas memberus gigi pasti rasa berangin daun pudina. Apabila anda memberus  cuba perhatikan buih-buih ubat gigi yang keluar dimana ianya diperbuat daripada kelapa. Iye kelapa.. Mempunyai 7 kali perlindungan dan melawan bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan pada gigi. Ini kerana ia dibuat dari bahan paraben, bahan kimia dan pewarna sintetik. Nampaknya memang bahan semulajadi digunakan walau dalam penghasilan buih. Jadi ianya selamat digunakan tidak kira usia ye

Untuk kanak-kanak pula ada juga dari produk yang sama. Ubat gigi didatangkan dengan 2 perisa dimana Chocolata dan Bubble Gummy. Yang best tentang perisa ini ialah ianya menggunakan bahan semulajadi yang tidak membahayakan kanak-kanak. Malah memberikan kebaikan dimana tiada flourida dan SLES/SLS jua Paraben. Sama seperti ubat gigi dewasa buih yang dihasilkan dibuat dari sumber kelapa menjadikan ianya selamat digunakan.

Asyik pasal ubat gigi macam mana dengan berus gigi? Berus gigi pun MISMIS ada keluarkan tetapi cuma 2 saja iaitu ‘soft dan medium’. Nak cari yang ‘hard’ memang takkan ada ye. Ada empat warna iaitu hijau, merah jambu,ungu dan biru untuk dipilih. Berus gigi ‘Multiple Action’ antara produk yang mendapat permintaan tinggi dimana ianya diperbuat dari nilon berkualiti tinggi yang tidak pernah diuji pada haiwan.

Jika menggunakan yang ‘soft’ bakal memberi 3 kali perlindungan dan melindungi gusi daripada segala kecederaan. Malah ada yang memberi pendapat yang ia dapat menghilangkan bakteria dan plak. Didatangkan dengan penutup khas memberi pengguna perlindungan serta penjagaan rapi pada yang mementingkan kebersihan.

Antara perkongsian dari Dr Siti dan Puan Wanie

Ubat gigi dan berus gigi MISMIS berharga antara RM3.90 sehingga RM15.00 dan boleh didapati dari pasaraya seperti Tesco, Sabasun, Halalmart, farmasi dan kedai runcit diseluruh negara. Ia boleh juga didapati di online Watson, Airasia (Rokki.com),Shopee, Lazada dan di semua online e-commerce. Untuk informasi atau promosi terkini boleh layari di

Website : https://www.mismis.com.my/



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge