Watsons Malaysia Berganding Bahu Bersama Minggu Fesyen IOI City Mall 2025 untuk Menampilkan Pameran Meriah Jenama dan Produk Kesihatan & Kecantikan
MINGGU FESYEN IOI CITY MALL 2025
Watsons Malaysia bekerjasama dengan Minggu Fesyen IOI City Mall 2025 dalam mempersembahkan sebuah pameran penuh warna-warni jenama dan produk kesihatan serta kecantikan, termasuk pelancaran seragam baharu Watsons — satu detik penting dalam inisiatif penjenamaan semula di bawah kempen “The New Beautiful.”
PERUNCIT KESIHATAN NO SATU MALAYSIA
Kehadiran jenama yang begitu ketara ini menegaskan lagi kedudukan Watsons sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan nombor satu di Malaysia, sambil menonjolkan pendekatan progresif dalam memperkaya pengalaman pelanggan dan memperkasakan pasukan melalui inovasi dalam kesihatan dan kecantikan.
RAKAN RASMI
Sebagai rakan rasmi, termasuk rakan rasmi solekan dan dandanan rambut, serta jenama utama sepanjang empat hari acara fesyen ini, Watsons mengambil alih pentas utama di Minggu Fesyen IOI City Mall dengan pengambilalihan penuh jenama. Pentas peragaan dan ruang runcit tampil dengan tenaga segar hasil penampilan seragam baharu Watsons yang direka khas untuk memperkasakan ahli pasukan dengan gaya moden dan praktikal yang mencerminkan identiti mereka.
Dengan rekaan premium serta keselesaan harian, seragam baharu ini melambangkan komitmen Watsons untuk membantu orang ramai Kelihatan Hebat, Berbuat Baik dan Rasa Hebat.
THE NEW BEAUTIFUL
“Kami menyebutnya ‘The New Beautiful’ kerana kecantikan hari ini bukan lagi semata-mata tentang penampilan, tetapi tentang perasaan, kepedulian, dan cara hidup kita. Kerjasama ini mencerminkan cara kami hadir setiap hari — dengan rasa bangga, yakin, dan sentiasa berhubung rapat dengan pelanggan kami.
Seiring dengan itu, kami juga melancarkan seragam baharu, pengalaman menarik untuk ahli melalui program kesetiaan yang lebih canggih, inisiatif kesihatan dan gaya hidup, perkhidmatan e-dagang dan penghantaran ekspres, serta promosi eksklusif — semua ini mendefinisikan masa depan Watsons,”
-kata Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Health & Beauty Asia, AS Watson Group.
DUTA WATSONS
Debut di pentas peragaan menampilkan Duta Watsons, Phei Yong dan Ayda Jebat, serta Rakan Selebriti termasuk Amber Chia, Nabil Mahir, Fiqrie, Arisa, Joshua, Gajen, Shu Faye, dan Kavitha. Kehadiran mereka menghidupkan semangat keyakinan, keaslian, dan tujuan yang menjadi teras kepada penjenamaan semula Watsons.
GAYA WATSONS TERSENDIRI
Gaya Watsons Tersendiri Menyerlah di Pentas Peragaan dengan Inovasi dan Perkhidmatan Pelanggan Bertaraf Dunia
Dalam gaya ikonik Watsons, segala inovasi baharu dan perkhidmatan berteraskan pelanggan dibawakan ke pentas peragaan dengan cara yang menarik dan penuh gaya. Melalui pengalaman Watsons Club yang dinaik taraf, pelanggan kini dapat menikmati program ganjaran terbesar pernah diperkenalkan.
W REWARDS
W Rewards – yang baru-baru ini diiktiraf dalam Malaysia Book of Records sebagai “Titik Sentuhan Pedagang Terbanyak dalam Kad CRM.” Turut diperkenalkan adalah eStamp dan pelbagai manfaat eksklusif yang menjadikan setiap pembelian lebih berbaloi.
45+ CLUB
Dalam menyokong kesihatan dan kesejahteraan holistik, Watsons turut memperkenalkan 45+ Club, satu program khas dengan ganjaran dan manfaat yang disesuaikan untuk ahli berumur 45 tahun ke atas.
Bagi pembelian dalam talian, Watsons terus menjadi peneraju dengan perkhidmatan lancar seperti pembelian dalam talian 24/7, penghantaran ekspres seawal dua jam. Tawaran serta jualan eksklusif dalam talian setiap hari, memastikan pelanggan menikmati keindahan dan kesihatan terbaik, pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
TREND TERKINI K-BEAUTY & J-BEAUTY
Selari dengan kempen “The New Beautiful”, Watsons terus menerajui pasaran dengan pemilihan produk kecantikan yang paling mendapat permintaan dari pelbagai budaya. Daripada trend terkini K-Beauty dan J-Beauty, hinggalah penekanan terhadap jenama kecantikan tempatan, Watsons komited dalam menawarkan variasi produk yang pelbagai dan selari dengan trend semasa — memenuhi cita rasa setiap pencinta kecantikan.
WATSONS BEAUTOPIA BEAUTY & WELLNESS EXPO
Keseronokan diteruskan dengan penganjuran Watsons Beautopia Beauty & Wellness Expo, yang akan berlangsung di IOI Grand Exhibition and Convention Centre dari 3 hingga 6 Julai 2025.
Ekspo selama empat hari ini akan menjadi pesta kecantikan terbesar di mana para pengunjung dapat meneroka dunia penjagaan kulit, solekan, kesihatan dan pelbagai pengalaman eksklusif daripada jenama-jenama terkenal — semuanya di bawah satu bumbung.
Fesyen menjadi tumpuan utama di Watsons x IOI City Mall Fashion Week, dengan pertunjukan pentas harian menampilkan kolaborasi menarik antara Watsons dan penyewa di IOI City Mall.