MENJELANG MAGRIB 2: WANITA YANG DIRANTAI, SCARY KE?

Masih Kekal Dengan Tema Wanita Dipasung, Kisah Yang Lebih Menyeramkan untuk kesinambungan FILEM Menjelang Magrib 2

MENJELANG MAGRIB 2

Ketika ditayangkan di pawagam pada tahun 2022, filem Menjelang Magrib mendapat sambutan yang cukup baik di Indonesia dan Malaysia.

Kini, selepas tiga tahun Helroad Films kembali dengan sambungannya dengan dengan judulnya Menjelang Magrib 2: Wanita Yang Dirantai.

MENJELANG MAGRIB 2

WANITA YANG DIPASUNG?

Penerbitnya, Helfi Kardit berkata, untuk filem yang kedua dia masih mengangkat tema cerita mengenai wanita yang dipasung.

MENJELANG MAGRIB 2

“Untuk filem yang kedua ini, saya masih konsisten dengan tema utama iaitu pasung. Meskipun filem ini akan dihasilkan dalam beberapa siri lagi, ia akan masih kekal dengan tema yang sama.

“Tema ini menjadi pilihan kerana ia cukup dekat pengalaman peribadi semasa tinggal di sebuah daerah di Sumatera, di mana saya sendiri melihat seseorang yang dipasung di sebuah rumah khas untuk menjalani rawatan,”

-ujar Helfi Kardit selaku penerbit filem

MENJELANG MAGRIB 2: WANITA YANG DIRANTAI

Menjelang Magrib 2: Wanita Yang Dirantai berkisar tentang amalan pasung yang masih menjadi kepercayaan turun-temurun sebagai kaedah rawatan untuk mengubati masalah gangguan mental.

Ia diperkuatkan dengan barisan pelakon popular seperti Aditya Zoni, Ajeng Fauziah, Muthia Datau, Aisha Kastolan dan Aurelia Lourdes.

BUKAN ISU ‘SPIN-OFF’

Bercerita lebih lanjut mengenai filem tersebut, Helfi menjelaskan ia bukanlah sambungan filem terdahulu, sebaliknya ia sebuah kisah ‘spin-off’.

MENJELANG MAGRIB 2

Jelasnya, apa yang dipaparkan bukan setakat seram semata-mata, malah ia mengangkat isu budaya, unsur mistik dan tahayul yang bertentangan dengan pengetahuan moden, sains, serta fenomena mistik.

“Untuk filem ini, saya mengetengahkan jalan cerita yang lebih ‘dark’ (gelap) dan menyeramkan serta diselitkan dengan elemen budaya dan ketidakseimbangan kehidupan masyarakat yang berlaku ketika zaman penjajah.

TAHUN 1920

“Menariknya latar filem ini juga adalah sekitar pada tahun 1920 ketika Indonesia masih lagi di bawah penjajahan Belanda atau dikenali sebagai Hindia Belanda,” ujarnya.

MENJELANG MAGRIB 2

Helfi berkata, filem arahannya itu sudah pun ditayangkan di pawagam seluruh Indonesia pada 4 September lalu dan menerima maklum balas positif dan jumlah penonton yang tinggi.

HARAPAN FILEM DI TAYANGKAN DI MALAYSIA

“Semasa Menjelang Maghrib ditayangkan di Malaysia tiga tahun lalu, ia mendapat sambutan hangat daripada penggemar filem seram dengan kutipan hampir mencecah RM2 juta.

“Jadi, sudah tentu saya meletakkan harapan agar filem yang kedua ini juga akan akan ditonton ramai warga Malaysia seperti yang pertama,” ujarnya.

Bagi peminat filem seram, Menjelang Magrib 2: Wanita Yang Dirantai akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 20 NOVEMBER 2025.

SINOPSIS MENJELANG MAGRIB 2

Berlatarbelakang pada tahun 1920 sewaktu Indonesia masih dijajah Belanda. Cerita bermula dengan seorang doktor muda lulusan Universiti STOVIA iaitu Giandra terbaca sebuah kisah di surat khabar mengenai seorang gadis di Desa Karuhun yang dipasung.

MENJELANG MAGRIB 2

Ketika zaman berkenaan, pasung dianggap sebagai salah satu cara untuk merawat penyakit mental. Rawatan dilakukan secara mistik oleh seorang dukun, yang jelas bertentangan dengan prinsip Giandra sebagai seorang doktor moden.

Gadis yang dipasung itu pula bernama Layla, dan kisah mengenai dirinya ditulis oleh Rikke, seorang wartawan kacukan Belanda dan tempatan. Setibanya di Desa Karuhun, Giandra disambut oleh Rikke yang turut ingin tahu sebab kedatangan Giandra ke desa yang terletak di kaki gunung itu.


Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge