Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

MEERACLE Mempunyai Keajaiban Dari Ekstrak Batu Permata | Batu permata, kebiasaannya di ukir dan direka menjadi aksesori atau perhiasan diri seperti rantai leher, gelang mahupun cincin. Batu permata yang pernah KP gayakan adalah Mutiara ( Pearl). Ada juga seperti Berlian (Diamond) , Ruby Merah ( Red Ruby ) dan lain lain yang boleh anda lihat jika anda singgah di kedai permata. Tahukah yang batu-batu permata bukan setakat menjadi perhiasaan diri agar menjadi wanita cantik tetapi telah di ekstrakkan batu permata ini untuk menghasilkan antara formulasi dalam produk kecantikan kulit MEERACLE. Terperanjat ke tak memang iya dan teruja untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk ini

Meeracle adalah jenama produk Malaysia yang pertama di Asia memperkenalkan produk kecantikan kulit yang berasaskan formula berinovasikan batu permata dengan menggunakan ekstrak berlian, rubi merah dan mutiara.  Formulasi campuran ekstrak tiga bahan batu permata ini dicipta khas untuk menjadikan kulit lebih berseri, muda dan mulus. Diasaskan oleh Meera Nordin dan dikeluarkan oleh Edelsteen Sdn Bhd, rangkaian produk penjagaan kulit Meeracle dicipta hasil kajian selama beberapa tahun oleh kumpulan kajian farmaseutikal

“Kami percaya dengan melabur dalam R&D, kami dapat memberikan hasil produk yang berkualiti tinggi dan selamat untuk para pengguna. Kami mengambil masa selama 2 tahun dalam pembangunan produk untuk Meeracle Facial Serum sebelum membuat pelancaran, dan kami juga menghabiskan banyak masa untuk mencipta formulasi terbaik untuk pencuci muka dengan malakit kami yang telah pun dilancarkan tahun lepas,”

kara Meera Nordin.

Ketika pelancaran tersebut, Pengarah Urusan Edelsteen Sdn Bhd, Raja Mohd Nasrullah Haziq b. Raja Abdul Rashid juga telah merasmikan “EMPOWERING YOU”, program tanggungjawab sosial korporat syarikat yang mensasar dan membantu golongan wanita yang mempunyai masalah kewangan dengan memberikan mereka peluang untuk memperbaiki kehidupan mereka. Kata Raja Haziq ketika pelancaran tersebut,

“Wanita adalah golongan semula jadi yang bekerja keras lagi bersemangat dan dengan membantu mereka yang memerlukan pendapatan sampingan lebih, kami juga berharap dapat membantu menambahbaik kehidupan anak-anak mereka, keluarga dan juga komuniti. Program CSR ini akan memberikan mereka peluang untuk memulakan perniagaan kecil demi kemajuan mereka serta menjanjikan kehidupan yang lebih baik di masa hadapan. Kami berazam untuk mensasar lebih kurang 50 ke 60 orang wanita untuk tahun yang pertama,”

Sebelum mengetahui tentang produk apa kata jom kita usha khasiat ekstrak batu permata yang diformulasikan

Ekstrak berlian yang dikisar halus ini berfungsi lembut pada kulit sekaligus membantu meratakan tona warna kulit di samping memudarkan kesan parut dan kedut, menjadikan kulit lebih mulus dan berseri

Ekstrak rubi merah pula memulihkan kesihatan dan keserian kulit kerana ianya membantu memulihkan, mendetoksifikasi dan menyucikan jangkitan kulit, memperbaiki peredaran darah serta menyuburkan kulit menjadikan kompleksi tona warna kulit kelihatan merah jambu.

Ekstrak mutiara mempunyai banyak kebaikan melembap, anti-penuaan dan mencerah juga boleh membantu menjadikan kulit lebih anjal dan rata.

Produk MEERACLE

Meeracle Facial Serum dalam botol 30ml, dijual pada harga RM79 sebotol juga mempunyai 23 bahan aktif semula jadi yang menunjukkan perubahan ketara dalam jangka masa yang singkat.

Meeracle Facial Cleanser dalam botol 50ml, dijual pada harga RM49 sebotol pula mempunyai malakit, satu lagi batu permata yang membantu mengawal minyak berlebihan dan mempunyai bahan anti-bakteria untuk memulihkan masalah jerawat. Pencuci ini juga mempunyai aloe vera iaitu bahan terbukti kesegarannya serta teh hijau dengan anti-penuaan, menjadikan kulit lebih tulen dan segar selepas mencuci.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai produk serta para pengedar yang terdekat, layari laman

Website MEERACLE:  www.meeracle.com.my

Facebook MEERACLE : https://www.facebook.com/meeracleHQ/



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge