Mediterranean Food Untuk Makan Malam di The Haven Ipoh
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Sewaktu check- in tadi, KP di beritahu yang pihak Best Western Premier (The Haven Ipoh) sudah membuat tempahan makan malam untuk KP sekeluarga. Tertanya-tanya juga apakah hidangan yang di sajikan? Makanan dari Mediterranean bakal di sajikan untuk kami sekeluarga untuk malam ini. Teruja kerana inilah kali pertama KP bakal makan makanan dari Mediterranean. Sedap ke tak jom check it out dalam entri ini.
Entri lain: Sarapan pagi di The Haven Ipoh

Hidangan Mediterranean
Lebanese Tabouleh Salad
Freshly chopped parsley salad with tomato, onion, couscous, olive oil. lemon juice and spices. Served with pita bread
Pita bread memang crunchy. Layan makan
Inilah Tabouleh Salad : Mempunyai rasa ke-timuran. Penuh dengan sayur-sayuran. Agak masam sedikit bagi KP tapi sedap di makan bersama pita bread. Jangan makan macam itu sahaja ( pendapat KP)
Hummus
Mashed chick peas mixed with tahini, olive oil, mashed garlic and lemon juice. Served with pita bread
Hummus : Yang ini KP suka kerana ianya lebih pada kekacang dan memang KP salah seorang peminat kekacang. Ramuan seperti lemon juice dan olive oil menaikkan lagi rasa keenakkannya. Makan begitu sahaja pun sedap, makan dengan pita bread pun layan.
Chicken Shawarma
Boneless chicken breast sauteed with onion, tomato topped with tahini sauce served with french fries , pita bread and garlic saucePeminat makanan ini ialah Irfan . Memang 3/4 kepingan ayam di makan oleh cik Irfan. Katanya sedap sebab macam di bakar/di grill. Tambahan lagi ada french fries siapa yang tak suka kan.
Beef Shawarma (kalau tak silap)
Beef sauteed with onion, tomato topped with tahini sauce served with french fries , pita bread and garlic sauce
Beef Shawarma : kalau tak silap sebab dia lebih kurang sama dengan chicken shawarma. Ini pula peminatnya ialah Qurratul. Qurratul minat pada kepingan daging ini dimana ianya lembut dan tidak liat. Rempah ratus sebati di mana tidak cukup sekeping untuk di makan. Untuk sosnya pula di rekomenkan sos lain seperti mayonis atau thai sos.(sebagai cadangan) mungkin tidak dihidangkan sekali kerana ianya ialah makanan dari Mediterranean
Spaghetti Al Pesto
saute spaghetti al dente with al basil sauce
Spaghetti – Simple tetapi menarik. Cuma kids tak berapa makan mungkin sebab more to vegetarian kot
Dessert
Mini Double Chocalate Brownies
Untuk penggemar chocolate wajib di nikmati kerana ianya kaya dengan chocolate dan ‘moist’. Lihat sahaja hidangan ini di hiasi dengan sehiris buah orange dan sos strawberry lengkap dengan biskut chocholate. Memang makan dessert ini tak pandang kiri kanan dah siapa yang lalu.. KP sendiri tak kongsi makan dengan kids tau.
Merasa kelainan makan malam kali ini kerana KP tidak pernah mencuba makanan dari Mediterranean. Apabila The Haven Ipoh memberi peluang untuk KP mencuba makanan Mediterranean, KP setuju kerana ini adalah peluang untuk KP mengenali makanan dari Mediterranean. Sedap juga makanan mereka. Kelainan dari cara masakan dan juga bahan yang di gunakan tapi dapat menghidangkan makanan yang boleh di makan untuk semua seisi keluarga tidak kira umur. Yang menarik juga ada makanan vegetarian di mana pengunjung yang datang di sini ada juga dari serata dunia. Kalau malas ke kafe mereka boleh sahaja order melalui room service. KP dah cuba dan memang cepat. Oklah dah kenyang, nak tidur sebab esok ada aktiviti lain menanti.. Apa dia tunggu di entri yang akan datang
Maklumat lanjut : The Haven Ipoh Website
#kitepunye #kitepunyedotcom #Mediterraneanfood #Mediterranean #thehavenipoh